Sunday, February 23, 2014

Post 28-Ketahian

Assalamualaikum.

Lu orang nak ke taknak ke, aku nak bagi ilmu  pada lu orang. Kemungkinan akan ada yang berkata sambil angkat kening dan muncung mulut "ketahian apakah ini??!". Ya benar! aku akan bagi ilmu ketahian pada lu orang.

Najis atau dalam bahasa kasarnya taik atau feces atau stool dalam bahasa omputih merupakan hasil kumbahan sistem dalam badan manusia. Bergantung kepada jenis taik dan berapa lama taik korang disimpan, bau yang keluar juga adalah berbeza. Makin lama, makin 'segar' bau itu *sarcasm*.

Haa.. jangan lu orang tak tahu yang taik jugak ada sistem kelas yang tersendiri. Kau ingat manusia je ada sistem? taik pun ado jugak yo!





 Skala di atas menunjukkan skala Bristol. Nama diambik sempena nama Bristol. Maka hari ni sesapa yang dah berak, boleh la lu orang agak taik lu orang hari ni cemana ghopenya. Lets cekidaut one by one:

Jenis 1 dan 2
Kau tengah pergi Tesco ikut mak/pakwe/makwe, pastu tiba-tiba perut kau memulas menandakan taik kau menendang-nendang nak lihat dunia (dunia sangatlah, padahal keluar tengok air sebelum diflush). Tapi sebab kau malas nak berak kat luar pasal rimas tengok muka mak kiah yang berjaga kat depan pintu masuk jamban Tesco ditambah kau ni memang terkenal jenis kedekut nak bayar 20sen untuk masuk tandas. Jadi bila kau memikirkan malas nak bayar 20sen dan dahla korang tak tahu berapa bersih tandas tersebut, maka kau pun pendam perasaan nak berak tu. Punyalah kau tahan, jalan kepit sambil pegang rak yang kau boleh pegang kat tesco, kau tarik nafas dalam-dalam moga-moga taik tu tersedut naik balik. Sudahnya bila balik rumah, tetiba nafsu berak yang membuak masa kat tesco tadi hilang begitu saja. Esoknya bila time nak berak, maknanya lama la kau bertapa kat dalam toilet. Kau punyalah push moga-moga taik tu keluar sampai peluh jantan keluar walaupun kau perempuan, lutut sampai mengeletar tak hingat dunia, muka berkeriut siap senget-senget bagai dan kau pegang kepala paip tu umpama kau pegang tangan nurse. Bila je taik yang maha keras tu keluar, kau dapat rasakan sensasi  umpama kepuasan setelah bersusah payah berlari padang kawat 10 juta kali. Jenis ketahian ni kita panggil sembelit.

Jenis 3 dan 4
Situasi sama berlaku macam kat atas tapi bezanya kau jenis memang kalau nak terberak, kau akan usahakan jugak cari jalan nak keluarkan taik tu. Kau sanggup tinggalkan mak kau yang sibuk tengah pilih ikan semata-mata nak pergi jumpa Mak kiah tukang jaga jamban. Pada mana kau steady letak 20 sen kat mak kiah, kau sempat lepaskan seulit senyuman kepada beliau dan jalan steady masuk tandas dan pilih tandas yang kau suka. Bergantung kepada keadaan, kalau time tu tandas available, kau pun melepaskan hajat nak buang air besar kau dengan tenangnya. Maka taik yang keluar nanti kita panggil just nice, sebab kau tak bersusah payah, everything happens under your control. Flow rate of kau punya taik pun steady je turun. Inilah taik yang normal, inilah taik yang kita nak keluarkan. Tapi, bila keadaan kau da bayar 20 sen kat makcik kiah, pastu kau tengok semuorang beratur nak pakai tandas dan waktu tu kau rasa yang naluri berak kau terbantut, maka keesokkannya taik itu adalah taik jenis 1 dan 2.

Jenis 5, 6 dan 7
Lepas kau dah temankan mak kau kat tesco, mak kau pula tetiba rajin nak belanja kau kepsi, lepas tu belanja kau makan eskem, roti bom, nenas, burger macam esok tiada lagi. Kau pun pelik apsal la mak kau macam baik sangat dengan kau padahal selama ni garang kemain. Tapi sebab kau gembira., kau terima je apa yang mak kau belanja. Balik je rumah, kau  rasa ngilu yang memulas-mulas di perut kau pasal makan banyak tak ingat dunia, dah tu bercampur pulak. Bila mana kau rasa perasaan macam ni, otomatik kau ada berlari sepecut-pecutnya, mengalahkan pelari pecut terkenal dunia jamaica yang aku lupa nama beliau. Suis pun tak sempat tekan, sebaik je kau turunkan seluar kau, mencrut-crut la taik tu nak keluar. Semua permukaan mangkuk tandas tu dilitupi taik kau yang cair dan kecoklatan tu. Bukannya kau jadi pelari pecut sekali, tetapi kemungkinan besar 4-5 kali. Punggung kau pun tak boleh belah dia punya rasa pedih tu sampaikan nak baring tengok tibi pun kau tak boleh, kau kena mengiring untuk elakkan rasa sakit. Benda macam ni lagi parah kau kau tengah kat highway, rnr yang terdekat lagi 50km pulak tu. Bila macam ni berlaku, kau pun pecut kereta kau mengalahkan mickel schumaker, parking kalau boleh kau taknak parking pun. Kau nak terus lompat je dari kereta pergi toilet. Tapi sebab peraturan, kau pun parking laju-laju, dari aligned dah jadi pentagon bentuk parking ko. Kemuncaknya berakhir bila kau duduk kat mangkuk tandas. Taik jenis ni kita panggil taik salah makan.Cair dan berbau bangkai. Berak berkali-kali mungkin boleh membawa maut.

Happy reading and mau u get the knowledge walaupun konon geli dan nak muntah tapi fakta ialah semorang berak dan dengan mengetahui jenis taik kau, kau boleh figure out solution. contoh bila taik keras, kau makan la lebih banyak sayur. Ada paham?

Saturday, February 22, 2014



Sekarang ni aku nak cakap pasal adik beradik punya gaduh. Dia punya gaduh tak sama dengan gaduh orang takde tali darah ni. Pasal apa? Pasal kita ada satu istilah yang kita boleh guna: air dicincang takkan putus. Daripada tuan hamba nak membodohkan diri nak try cincang air tu, elok la kiranya tuan hamba tutup saja pili air. Bijak, mengelakkan amalan pembaziran syaiton nirrajim.

Biasanya adik beradik ni selalu gaduh untuk unreasoanable reasons.

Kadang bila amik ayam pun boleh jadi gaduh. Lagi-lagi bila part yang kau suka tu kena cekup kan. Biasa masa baru-baru kau letak punggung ke muka kerusi, belum sempat lagi punggung kau nak bercumbu dengan kerusi. mulalah kau dengar akan ada yang cakap "part kepak tu aku punya, jangan ambik." Kira macam semua dah book part masing-masing, tinggallah part yang tak sedap untuk mak ayah korang yang makan je apa yang ada. Bila ada yang tak pedulik dengan cop nama kau pada ayam tu dan main amik tanpa mengira kau yang bersusah payah cakap dari masa mula mak kau masak yang tu part kau.. maka pergaduhan di meja makan pun terjadi.

Mulalah kau argue yang part tu kau punya, dan pihak yang satu lagi kompem cakap "takde pun nama kau kat ayam ni?" ataupun ada yang lagi hipster "ayam ni milik Allah, bukan milik kau seorang" atau "sape cepat, dia dapat". Sebab mak bapak kau ada je, kau macam buat terpaksa mengalah padahal dalam hati kau dah berdendam nak sumbat tonkeng ayam dalam mulut adik kau tu.

Dan..

Dan kau punya cebik akan berlarutan sampai orang dalam rumah tanya kau buat de heck je. Bila pihak satu lagi tu, tak kira la adik kau atau kakak kau atau abang kau cuba bercakap dengan kau, lagi la meluap-luap perasaan kau nak sumbat tongkeng ayam kat mulut mereka yang kau rasakan sangat berlongkang sebab makan kepak feveret kau.




Tapi, sampai bila beb kau bertahan?

Perasaan menyampah kau akan automatik hilang after some time. Bila tiba-tiba dalam rumah ada orang buat lawak ke. Tak pun tibi kau memang tengah ada rancangan maharaja lawak mega ke. Takpun  orang yang kebas ayam kau buat lawak ke, atomatik benda tu akan hilang dan keadaan akan kembali pada asal dan akan berulang balik macam biasa bila ayam kepak feveret kau kena amik.


Well, air dicincang takkan putus. Just right enough to fit into the described situation.

Wednesday, February 12, 2014

Nama aku penyepit. Entah kenapa kurasakan namaku seolah-olah begitu kampung sekali. Sekarang kan dah zaman moden, kenapa mereka menamakanku penyepit? Aku lebih suka kalau dipanggil Melia ke, Bella ke, Lofa ke. Lebih enak didengar #gittew  Tetapi kalau yang jenis mengada-gada, akan sengaja memanggilku Cepit. Fcuk, aku tidak suka dipanggil sedemikian rupa. Nama seperti tersepit di kerongkong saja bunyinya. Pernah juga aku menyimpan angan-angan untuk memberi tendangan padu barang sejemput dua kepada sesiapa yang memanggilku penyepit. Tetapi aku redha, ini kan nama aku. Karang bila mereka memanggil aku dengan nama periuk atau senduk, itu tidak akan dapat mendescripsikan aku kepada ciri aku yang sebenar, iaitu menyepit. .

Sebenarnya bahagian yang digunakan untuk meyepit adalah bahagian gigiku. Aku tidaklah bergigi sangat, tetapi mampu memberikan cengkaman yang kuat untuk megelakkan baju daripada ditiup Cik Angin. Kalau Cik Angin sedang marah, habislah aku. Aku terpaksa menggunakan cengkaman super saiya 1000 kuasa kuda supaya baju tidak terbang.

Sebagaimana manusia, kaumku juga terdiri dari pelbagai kaum dan bangsa. Ada yang panjang, ada yang pendek, ada yang merah biru hijau kuning colournya, ada yang dari kayu (ini dari kampung, tetapi mereka ternyata sangat tahan lama. Diperbuat dari tongkat Ali barangkali. A Aaa Aa Ali, Ali cafe). Ada juga yang dari plestik, seperti aku. iIsebabkan designku agak lama atau digelar old fashion, segelintir penyepit muda kerap mengejekku. Pernah sekali aku cepak satu penyepit muda yang memperliku. The heck you? kataku setelah mencepak dia.

Kebiasaannya aku digunakan untuk menyepit baju yang mahu disidai, plastik makanan, gambar. Ada juga yang buat kerja gila, mengunakan aku untuk menyepit hidung mereka yang seperti jambu air (seperti tuan aku haha). Banyak kali juga aku melihat kaum kaum wanita menggunakan aku untuk meyepit anak tudung mereka. Banyak function rupanya aku ni, kataku bangga. Disebabkan aku tiada hidung, so no hidung no nak kembang kempis sebab bangga. 
Gambar pasportku masa nak mintak kerja dulu. Noob

Cepit belah kiri tu dulu aku cepak. Yang lain tu konco dia. Perangai macam syaition. I no friend u dont want.

Gila.


Tetapi..

Sekarang aku sudah tua, aku sudah rapuh. Gigiku juga tidak mampu meyepit dengan handalnya. Kemungkinan besar aku akan dibuang oleh tuanku.

Selamat tinggal master. Please remember me despite you actually don't.

Tamat.

Saturday, February 1, 2014

post ?

Hola!
Assalamualaikum.

Aku terlupa ni post keberapa, jadi aku letak tanda soal di situ. Senang.

Pada mana aku sedang asyik menonton kotak gambar (read:tv), kotak pemikiranku tiba-tiba melayang ke tempat lain. Tempat dimana aku menimba ilmu (Nottingham University, UK
 Malaysia).

Dulu sebelum belajar di uni. tersebut, aku merupakan pelajar di sebuah sekolah di pinggir desa. Very unpopular for good grades, but famous for the bad attitude of students.

But, lucky me. There was a space for me in Notts. This is not something to brag of tapinya.sebab Nottingham darul kelapa sawit bak kata kawan aku adalah sama, sama je macam mana-mana universiti lain. Bezanya cuma bila kau dapat tinggal sehostel dengan budak lelaki, kau boleh cuci mata dengan pakaian student-student kat situ yang hanyalah memakai secebis pakaian. Cebisan pakaian inilah yang membuatkan lelaki muslim disana sengsara dek kerana harus menjaga pandangan. Haa gittew. Kawan aku pernah cerita dia ternampak naked woman kat hall tempat aku menginap dulu. Katanya "i can see hair..". Otomatiknya aku terkesima dan merah pipi dibuatnya kerana menahan malu.

Kelas kau dalam English mode, yang mana sama je dengan universiti lain. My favorite lecturer is Asgar (do you hear me at the back? Haha). Got some international friends to speak English with-Kate, Gloria, and few others that i cant remember their names. Chinese Malayian students also tend to speak English, so berhamburan air liur jugak la nak cecuba sepeking English dengan deme. So, kat sinilah kau boleh mengada-gada nak sespeking english dengan british accent ke, american accent  ke, malay accent ke walhal indian accent sekalipun. Masa nilah aku mula belajar dengar lagu omputih, sebelum ni i dengar lagu jiwang kapak 90an je kojenya. Mulalah aku rasa up bila da dengar lagu omputih ni. Dasar manusia.

Aku teringat satu benda yang bagi aku agak kelakar. Time tu waktu kelas Dr. Daniel (hensem, tapi selebet).
 Waktu berlaku lepas lunch.

Dr. Daniel: "What time is it?" (while looking at me, expecting me to answer his question)
Me           : "Dont know. I have no clock with me" (while pointing to my right hand, as a sign that i
                    have no watch)
    

CLOCK? jadahnya CLOCK??!

Tamat.