Novel thriller vs novel cinta?
Hai! Hola holi ku beri nama saudara saudari cikibum cikibum!
Damn. Greeting macam mintak penampar.
Okay, takyah mukadimah beria-ria, aku cuma nak cerita pasal novel. Ya, tentang novel.
Lu orang tahu apa tu novel? Novel ialah cerita yang dibuat dibuat oleh sang penulis mengunakan samada imaginasi atau pengalaman sebenar penulis. Kalau lu orang nak tahu, kat obersi, seorang penulis novel mampu menjadi jutawan yang kaya raya hanya dengan satu siri novel. Contoh terbaik adalah novel Harry Potter. Kat Mesia jangan harap la beb, orang Mesia semua malas membaca terutamanya golongan remaja. Tahu main candy crush je koje nye.
Tapi itu dulu. Sekarang dengan adanya baucar rm250 yang diberi kerajaan, ramai remaja telah berbuat khianat. Baucar buku yang diberi untuk membeli buku ilmiah telah digunakan untuk membeli buku novel ataupun hardisk ataupun gadjet gadjet komputer.
Lu orang kalau nak tahu, budak remaja ni dia ada perasaan rebel. Kalau kerajaan suruh beli buku belajar, student akan beli benda lain nak tunjuk rebel. Aku syak baucar baucar ni diberi untuk menarik perhatian student student unibersiti untuk mengundi kerajaan.
Dan aku adalah salah sorang yang berbuat khianat. Semua 250 baucar buku yang aku dapat aku beli semua buku kecuali buku ilmiah. Nafsu aku memang takda kat buku buku ilmiah ni (gelak sinis).
Dan semuanya aku beli novel karangan Ramle Awang Murshid. Feveret novelis aku.
Selain buku ilmiah, novel cinta pun tak mampu nak menaikan nafsu aku untuk membeli mereka. Aku tetap setia pada novel thriller dan fantasi.
Bukan apa, bagi aku novel novel cinta lebih digemari budak budak sekolah baru puberty. Yang tak sudah sudah berangan.
Novel cinta ni takyah beli pun dah tahu flow dia macam mana. Mesti kena tangkap basah, lepas tu kena kahwin. Mula mula tak suka, lepas tu lama lama jatuh cinta. Lame betul. Kalau nak rare sikit adalah yang cipta watak heroin tu perempuan tomboy. Watak laki mesti hensem, kacukan, kaya raya. Yang perempuan pulak mesti cantik secara semula jadi, lembut hati, anak kampung tak macam watak pengacau yang bermekap tebal dan seksi. Lepas tu mesti la ada watak pengacau, yang tak puas hati hero heroin bahagia. Lepas tu buat rancangan nak hancurkan rumah tangga. Tak kurang juga biasanya mak mertua ke pak mertua ke tak suka menantu perempuan. Biasanya watak perempuan la selalu menghadapi dugaan maha hebat, air mata tiap tiap hari akan bercucuran gittew.
Nama pulak mestilah glameres. Biasanya kena lebih dari tiga nama. Contoh, Adam Haikal Mukriz, Qistina Balqis Atrisyah dan pelbagai lagi yang tak perlu nak tulis, korang lagi tahu. Buang masa tahu tak nak baca nama yang meleret leret terbelit air liur?
Be hipster la writer. Buat la heroin kaya nama Semah yang tak lawa tapi berbudi bahasa. Semah pulak jatuh hati pada Jonet, jejaka buta. Kau twist twist la cerita sikit. Rupanya Semah ni dulu lawa tapi lepas penyakit kurap terus tak lawa ke. Jonet pulak rupanya dia makhluk dari angkasa ke.
Because of that..
Aku lebih sukakan novel thriller karangan Ramlee Awang Murshid sebab dia mendebarkan, selalunya tekaan aku mesti silap. Jalan cerita buat aku nak kentut pun tak sanggup, nanti terganggu bacaan. Kalau aku teka A, ending dia mesti B. Nama watak pun takde la mengada ngada sangat. Simple, Saifudin, Hani, Zonan, Dino. Lagipun memang aku suka horror stuff, baik novel or movie.
No comments:
Post a Comment