Rumah sewaku (aya, bol, zeti):part 4
Ketika itu kami semua sedang lena diulit mimpi. Untuk pengetahuan kalian, kitorang kalau nak tidur jarang tutup pintu bilik, paling-paling rapatkan saja pintu bilik. Aku (Aya) kalau tidur selalu sangkutkan tuala di pintu macam gambar kat bawah ni. Tapi pintu bawah ni terganga luas sangat pula. Biasanya lepas sangkut aku rapatkan saja pintu sebab tuala tu menghalang tombol dari rapat ke pintu.
Keesokannya aku melihat tuala seperti dijatuhkan seseorang dan pintu tertutup kemas. Kalau nak tahu, tuala tu bukan terjatuh sendiri sebab kedudukan dan posisi tuala jatuh sangat kemas. Macam ada seseorang meletakkan tuala tersebut secara perlahan-lahan. Lantas aku bertanya kepada Zeti
adakah dia yang menutup lampuku semalam. Bekeras Zeti menafikannya dan mengatakan kemungkinan itu Bol sebab semalam dia melihat sesorang yang kelihatan seperti Bol tetapi tidak jelas wajahnya (hanya berdasarkan bentuk tubuh dan ketinggian) memasuki bilikku dan menutupnya. Tidak pula Zeti menegur Bol kerana dalam keadaan mengantuk. Zeti lalu bertanyakan perkara tersebut kepada Bol.. Jawapan Bol sangat mengejutkan kerana bukan dia yang menutup bilikku. Bersungguh-sungguh dia mengatakan tidak dan berkeras juga Zeti mengatakan melihat seseorang seperti Bol memasuki bilikku dan menutup pintu.
Aku terkesima. Siapakah?
Rumah Sewaku (Nadiah):Part 5
Ketika itu aku(Dila) tidak ingat minggu study week atau apa kerana rumahku kosong (Zatul dan Lea balik kampung).. begitu juga dengan rumah sebelah (Aya, Zeti, Bol). Dan aku juga tidak ingat kenapa aku tidak pulang. Sama juga dengan Adik dan Nad. Mungkin menyiapkan eksperimen di makmal barangkali. Ketika itu aku tidur seorang kerana mereka sudah pulang. Tetapi aku mendapat panggilan daripada Aya untuk menumpang di rumahku bersama kakak, abang iparnya dan anak-anak mereka. Aya pula ketika itu terlupa membawa kunci (tertinggal kat Zeti), jadi memohon jasa baikku untuk mereka menumpang tidur sehari. Aku pula memang tidak kisah, apa salahnya.. Maka, aku pula menumpang di rumah Nadiah sementara waktu. Aya juga begitu, tidak tidur dengan famili kakak dia sebaliknya tidur sekali denganku di rumah Nadiah.
Kami ketika itu tidur dibawah (bilik Nadiah paling kecil, jadi tak muat). Kami bentangkan toto dan tidur. Nadiah awal lagi sudah lena dibuai mimpi, tapi sempat juga dia berborak sekejap dengan kami. Sementara menunggu mata mengantuk, kami (Aku dan Aya) berbual-bual kosong. Lama juga berbual..
Tiba-tiba kami dengar macam tangga dipijak orang, berkeriut bunyinya. Tapi dengar dua anak tangga je (Paham ke korang). Kira macam tangga berkeruit dipijak orang dan seakan-akan orang atau benda itu naik semula selepas dua langkah tersebut selepas bila kami menjerit. Bukan menjerit macam orang gila tu, menjerit halus sebab terkejut. Terkejut aku dan Aya, kami menutupi muka dengan selimut. Aya buka sikit selimut beliau dan bertanya benda apakah? Aku mengeleng kepala. Mana aku tahu... haha
Aku tahu adik ada di tingkat atas, di bilik beliau. Tapi dari isyak tadi tak keluar. Lepas tu, tak mungkin itu adik, sebab kami tak dengar langsung bunyi pintu dibuka. Hanya bunyi berkeriut tangga dipijak. Nak taknak kami beranikan diri sebab takut jadi apa-apa. Kot-kot orang minyak ke. Aku bawak alat pertahankan diri. Kami buka lampu dan naik tingkat atas. Tangga rumah Nadiah memang pesen berbunyi sikit bila dipijak. Semua naik atas, dengan Nadiah sekali. Dia terpisat-pisat. baru lepas bangun tidur la katakan. Bila cerita, baru takut. Eh, aku silap, ketika tu cuma aku dan Aya yang tidur bawah. Nadiah dan Adik di bilik masing-masing. Tapi macam aku cakap, tak mungkin mereka sebab tak dengar langsung bilik pintu dibuka. Nadiah join tidur dengan kitorang kat bawah lepas dengar cerita kitorang.
Bilik Farah kitorang check, takut ada yang berniat jahat. Adik ni pulak tidur mati. Dah lama ketuk baru buka. Syukur takde menda pun. Tapi bunyi apakah??
Kata akak Ati, akak yang duduk di depan rumahku, beliau kata kawasan TTS6 memang berhantu sikit sebab lama dah tinggal. Rumah-rumah banyak bertahun tak didiami. Dia juga selalu nampak benda di sebelah rumahnya (both sides are unoccupied houses, kira depan rumah aku jugak tu. Kalau selak tingkap, nampak je rumah-rumah ni). Tingkat atas rumah beliau pun berhantu (beliau duduk tingkat bawah je, laki dia kejap ada kejap takde). Selalu kalau nak makan nasi je, beliau nampak ulat, bukannya nasi. Tak kira la lauk masak atau beli, beliau akan nampak ulat dalam lauk-pauk tersebut (Sihir rasanya ni).
So korang bayangkan sihir+kuil hindu+ tokong? padan la lane rumah aku selalu dengar orang menangis. Berduyun-duyun syaiton datang. Tapi seriusly said, I happy duduk rumah tu. Tak bayar banyak, jimat duit aku. Dah la duduk sorang sebilik. Malas nak cerita banyak sebab letih. Haha
Tammat
Moga kita semua dilindungi Allah. Amin.

No comments:
Post a Comment