Arakian pada hari Sabtu yang lepas, hamba sempat menemani kakak hamba dan kawan-kawan beliau menuju ke satu kawasan pendalaman yang terkenal dengan mee bandung dan kepek-kepek yang eloklah kiranya hamba namakan sebagai Muar sahaja.
Perjalanan kami bermula pada jam 12 tengahari menaiki sebuah kereta yang disewa khas. Okay, hamba tipu. Naik kereta Myvi Kak Khalisah. Tak banyak yang dibualkan, cuma sekadar-sekadar kemudian senyap. Sekadar-kadar kemudian senyap.
Perjalanan kami memakan masa sepurnama lamanya. Ok, hamba tipu lagi. Haaa, 2 jam setengah ditolak masa kakak hamba tencin.
Skip Skip Skip
Sampai disana, kami disambut baik oleh Nadiah, adik kepada pengantin. Terkejut hamba melihat Nadiah, perangai serupa seperti dahulu cuma beliau semakin ramping dimana ini telah menimbulkan api cemburu di benak hati hamba. Lepas ini hamba nekad untuk kurus! Jaga jagalah tuan hamba semua.
Makanan yang disediakan tidak kurang sedapnya, hamba tanpa segan silu dan ibarat dubuk lapar, hamba apa lagi makan macam patploh tahun tak makan. Sedang hamba gelojoh menyantap daging yang liat tak liat itu, tanpa hamba sedari daging yang hamba kunyah terpelanting ke baju tetamu yang turut makan di sebelah hamba.
Hamba nampak ada api amarah di mata makcik itu. Cepat cepat hamba cakap sorry, dan cepat cepat hamba kutip cebisan daging itu dengan menguis guis baju makcik tersebut dan hamba berharap makcik itu tidak lagi memarahi hamba.
Hamba silap.
Keadaan menjadi awkward dan kami makan tanpa memandang ke wajah masing masing. Hamba masih lagi merasa aura negatif dari makcik itu.
Maafkan hamba makcik.
No comments:
Post a Comment