Wednesday, January 1, 2014

Post 23

Bersambung..

Okay, sejak dari hari tu setiap hari wajib pukul 330 pagi akan ada orang menangis-nangis kat luar rumah. Bunyi tu semakin kuat dah hanya berhenti bila azan subuh berkumandang.

Kalau lu orang nak tahu, aku dengan Lea jenis balik rumah selalu. Yela, rumah pun takde la jauh. Takat Melaka je. Pergi balik baru RM20. So kira aku dan Lea kerap balik kampung.. Bila dah 2 orang dah balik, tinggal sorang jelakan iaitu Zatul. Zatul ni selalu gak terdengar orang ketuk pintu bilik pastu bagi salam. Aku pun pernah dengar juga pintu bilik diketuk. Ingatkan Azalea, rupanya takda orang pun bila buka (time tu Lea kuar pergi mana entah. Aku tahu sebab lama sikit lepas tu aku nampak dia baru balik rumah). Pastu ada orang bagi salam. Kata orang tua-tua bila dengar orang bagi salam ni sayup sayup ni, kena jengah dulu tengok ada orang ke tak sebab takut benda lain yang bagi salam. Bila kita jawab salam, kira macam kita bagi dia masuk. Itu kata orang tua-tua.

Ada one time, masa tu hujung-hujung semester. Kira waktu paling kritis dengan exam (kalau tak silap), kami pulang agak lewat pada hari tu. Aku tak ingat kitorang buat apa, yang aku ingat balik agak lambat. Dan dalam pukul 3pagi baru aku bersiap-siap nak tidur. Time tengah golek-golek tu sambil dengar mp3 (aku suka gak dengar lagu before sleep, konon nak bagi lena..), tiba tiba aku nampak perempuan berbaju jubah rambut panjang mengerbang tembus dari tingkap slow and steady jalan straight tembus pintu. Terkejut mak nak.. Time tu nampak jelas sebabnya aku dua tiga hari sebelum tu memang tidur tak tutup lampu sebab asal aku tutup lampu je aku berdebor, asal tutup je berdebor. Jadi tidur jela dengan lampu terbuka walaupun tak selesa. Kejap eh aku lukis gambar bilik aku.


Atas adalah gambar rajah sebenar bilik aku. Kemas bukan? sekemas bilik aku di alam realiti. Haha. Pompuan pakai jubah rambut gerbang apa nama dia? langsuir? tak kisah la kan, tapi ini yang aku nampak. Dia jalan straight je, maafkan saya, bukan jalan. dah tembus dari bilik tu dia steady terawang awang. Kejadian ni tak lama, dalam 10 minit begitu. Tapi sebelum tu, I remember ada dengar budak menjerit jerit nangis sambil ditemani lolongan anjing. So lu orang boleh bayang kalaulah dia pandang ke arah aku yang sedang terkesima, tak tahu la apa jadi. Sebab i bukannya berani sangat. Entah kenapa lepas tu aku macam terus tidur je, tapi sambil tidur tu terpikir-pikir juga la amenda la tadi. Kejadian ini hanya aku ceritakan masa last visit tu kelantan kemarin.

bersambung...

2 comments:

  1. KO NAMPAK BENDA TU DALAM KEADAAN TERANG BENDERANG. K. sumpah ko gagah

    ReplyDelete
  2. Sebenarnya lebih kepada terkesima. So konon2 bajet mata ni salah tengok, itu yang terus tidur. Tapi sampai sekarang terpikir-pikir gak kenkadang. Huhu

    ReplyDelete