Continue from previous post*
Sebelum start, aku flash back balik yang semalam aku stop kat sound of bouncing ball.
Ok, pastu jiran sebelah ada yang masa balik malam nampak ada makhluk bertenggek di pokok di depan rumah kami. Depan rumah kami ada satu pokok, yang macam mati segan hidup tak mahu. Eh apasal macam pelik je bunyinya? Ya, pokok tersebut cuma ada beberapa daun pucuk. Ketika itu jiran sebelah pulang dari kampus, lebih kurang dalam tengah malam.. dan seorang diri.
So semasa berjalan ke simpang masuk rumah, beliau terlihat akan penampakkan. Tapinya beliau buat bodoh jela. Kan aku dah cakap sebelum ni, perangai budak kampus tu sama syaiton je dengan syaiton. haha. Tapi bukan semua, okay?
Kemudian, orang yang sama juga nampak ada benda berdiri kat atap rumah kitorang. Waktu kitorang semua dah berambus dah dari rumah tu. Semua dah berpecah. Pada waktu itu, beliau sedang menyidai baju, juga pada jam lebih kurang tengah malam. Dan beliau adalah orang yang sama yang jumpa penampakan wanita di dahan pokok. Kali ni apa yang beliau nampak adalah penampakan seorang lelaki berjubah hitam yang kelihatan berdiri kaku di atap memandang sesuatu. Nasib bak hang dia tak pandang kat jiran sebelah ni... Yang jiran ni pulak tengah-tengah malam nak sidai baju.Sebenarnya ada lagi yang berlaku, tapi baik aku diamkan saja. Haha.
Rumah sewaku: Part 2
Setelah berbincang dengan lebih lanjut (tu pun perbincangan memang kritis dan rumit siap panggil mak ayah Pika lagi), akhirnya kami berpakat berpecah untuk menduduki rumah di TTS6. Rumah kat kawasan itu lebih murah dan kami pun taknak bayar mahal mahal duduk kat rumah banglo tu tapi duduk tak selesa. Bayangkan satu master bedroom duduk 4 orang? sungguh sempit okay.
Kami berpecah, Aya, Zeti dan Bol satu rumah, Pika, Sumai dan Pah satu rumah dan aku dan Zatul sebuah rumah. Pening juga masa tu nak cari lagi seorang housemate. Mujur ada Azalea. Jadi rumah kami sudah lengkap, 3 orang satu rumah. Aku amik master bedroom, Zatul middle manakala Azalea stay in the smallest room. We divided the rent accordingly follow the size of the room. So kira aku bayar lebih la. Aku pun tak kisah sangat sebab berapa sangat yang lebihnya, dan bilik tu pun selesa...luas. boleh aku joget joget ke exercise ke berangan dalam bilik nanti.
Masa hari pertama masuk rumah tu, takde la kotor sebab Zatul dan bersihkan sikit sikit, but still so much things to tidy up. But after we bought few things macam peti ais, tikar dan others.. so nampak la sikit rumah tersebut macam bernyawa. So, at very first day I tido well, sebab penat. Surah baqarah pun dah bergema kat bilik sebelum tu. Aku pun suka la sebab tido lena, pastu dala sorang sebilik. Kira privacy kau macam terjaga macam tu. Sebenarnya sebab dari foundation lagi dah duduk sorang kan, so when it comes to stay together with other people in one room, jadi macam privacy ko dah takde. Ko nak cabut bulu ketiak pun segan, nak berangan pun segan, pokoknya segan untuk buat benda privacy.
Oh lupa nak cerita pasal rumah aku. Rumah aku terletak di TTS6, kawasan perumahan kos rendah. Tak banyak orang mendiami rumah di baris aku. Dan rumah aku adalah antara yang paling hujung sekali, hujung tu macam semak samun hutan kelapa sawit sikit. Depan rumah aku ada famili, sama juga dengan sebelah rumah aku ada famili yang menduduki dan sebelah satu lagi rumah Aya. Walaupun rumah aku antara yang terhujung, tapi takdela hujung mana pun. Yang paling hujung tu cina. Siap ada tokong. Cina beriman gitu. Begitu juga dengan depan rumah aku yang paling hujung. India beriman, siap ada kuil. Magrib-magrib kompem bunyi loceng. Sebab tu aku rasa banyak hantu kot. Haha. So, macam aku kata tadi, aku dapat master bedroom. Bilik ni terletak bertentang dengan rumah depan. So, kalau aku jengah tingkap aku nampak rumah depan, dan rumah India sana. Aku ni ada satu habit, suka sangat jengah tingkap kat luar tengah tengah malam. Nasib baik tak nampak menda. Haha.
Second day, masa tu aku tido lambat sikit, sebab konon-konon nak belajar. Kira macam Tahun 2 aku nak buat betul-betul.. taknak main main. Tapi biasa la, asal belajar 10 mins, lagha nya 1 jam. So ketika tu aku dah stop study dan berbaring di tilam sambil main mp3.
Tiba-tiba....
Tiba-tiba aku dengar bunyi anjing menyalak. Okay la fine, apa ada hal anjing menyalak. Dah menyalak, melolong pulak.. Aku fine jela, sambil dengar mp3 tu. Tiba-tiba dari melolong melolong tu aku dengar macam bunyik menangis pulak, mendayu-dayu. Macam sedih sangat. Aku dengar aku tak sebak pun, seram adalah. Aku amati bunyi itu, makin lama makin kuat.. semakin kuat.. Aku lepas dengar bunyi tu, bukak la surah kat mp3 tu, pastu konon nak buat buat tidor. Tapi tak boleh tidor, sebab berdebar-debar. Bunyi tu tak berenti renti okay, pastu bergema gema pulak. Macam nak masuk rumah pun ada bunyi nya. Aku apa lagi.. amik hp konon nak kol Zatul.. Lama pulak tu nak cari nombor Zatul, macam tak jumpa je. Tapi tak jawab pulak Zatul. Pastu aku kol Lea, nasib baik dia jawab. Pastu aku cakap kat Lea suruh datang depan bilik aku, ketuk pintu. Bilamana dia ketuk je, aku terus buka pintu dan ajak dia borak. Konon taknak la cerita pasal dengar bunyi pompuan menangis sebab bunyi tu pun dah berenti.
Tapi dasar manusia, memang gatal mulut. So, aku bagitahu la dia jugak yang aku ajak dia borak pasal dengar bunyi tak best. Rupanya minah ni pun dengar juga tapi sebelum tu dia dengar macam bunyi benda jatuh kat atap belakang. Maka, kami pun berborak borak sampai subuh.
Sejak itu, asal pukul 3-330 am, pasti akan ada bunyi anjing menyalak, pastu melolong.. pastu ada bunyi orang meratap dan menangis. Aku kalau time tu je otomatik mata akan celik, tapi pasal dah mengantuk dan selalu dengar. Jadi dengarkan ajela, dan tidor.
bersambung
No comments:
Post a Comment