Friday, December 27, 2013

Post 22

Continue from previous post*

Sebelum start, aku flash back balik yang semalam aku stop kat sound of bouncing ball.

Ok, pastu jiran sebelah ada yang masa balik malam nampak ada makhluk bertenggek di pokok di depan rumah kami. Depan rumah kami ada satu pokok, yang macam mati segan hidup tak mahu. Eh apasal macam pelik je bunyinya? Ya, pokok tersebut cuma ada beberapa daun pucuk. Ketika itu jiran sebelah pulang dari kampus, lebih kurang dalam tengah malam.. dan seorang diri.

So semasa berjalan ke simpang masuk rumah, beliau terlihat akan penampakkan. Tapinya beliau buat bodoh jela. Kan aku dah cakap sebelum ni, perangai budak kampus tu sama syaiton je dengan syaiton. haha. Tapi bukan semua, okay?

Kemudian, orang yang sama juga nampak ada benda berdiri kat atap rumah kitorang. Waktu kitorang semua dah berambus dah dari rumah tu. Semua dah berpecah. Pada waktu itu, beliau sedang menyidai baju, juga pada jam lebih kurang tengah malam. Dan beliau adalah orang yang sama yang jumpa penampakan wanita di dahan pokok. Kali ni apa yang beliau nampak adalah penampakan seorang lelaki berjubah hitam yang kelihatan berdiri kaku di atap memandang sesuatu. Nasib bak hang dia tak pandang kat jiran sebelah ni... Yang jiran ni pulak tengah-tengah malam nak sidai baju.Sebenarnya ada lagi yang berlaku, tapi baik aku diamkan saja. Haha.

Rumah sewaku: Part 2

Setelah berbincang dengan lebih lanjut (tu pun perbincangan memang kritis dan rumit siap panggil mak ayah Pika lagi), akhirnya kami berpakat berpecah untuk menduduki rumah di TTS6. Rumah kat kawasan itu lebih murah dan kami pun taknak bayar mahal mahal duduk kat rumah banglo tu tapi duduk tak selesa. Bayangkan satu master bedroom duduk 4 orang?  sungguh sempit okay.

Kami berpecah, Aya, Zeti dan Bol satu rumah, Pika, Sumai dan Pah satu rumah dan aku dan Zatul sebuah rumah. Pening juga masa tu nak cari lagi seorang housemate. Mujur ada Azalea. Jadi rumah kami sudah lengkap, 3 orang satu rumah. Aku amik master bedroom, Zatul middle manakala Azalea stay in the smallest room. We divided the rent accordingly follow the size of the room. So kira aku bayar lebih la. Aku pun tak kisah sangat sebab berapa sangat yang lebihnya, dan bilik tu pun selesa...luas. boleh aku joget joget ke exercise ke berangan dalam bilik nanti.

Masa hari pertama masuk rumah tu, takde la kotor sebab Zatul dan bersihkan sikit sikit, but still so much things to tidy up. But after we bought few things macam peti ais, tikar dan others.. so nampak la sikit rumah tersebut macam bernyawa. So, at very first day I tido well, sebab penat. Surah baqarah pun dah bergema kat bilik sebelum tu. Aku pun suka la sebab tido lena, pastu dala sorang sebilik. Kira privacy kau macam terjaga macam tu. Sebenarnya sebab dari foundation lagi dah duduk sorang kan, so when it comes to stay together with other people in one room, jadi macam privacy ko dah takde. Ko nak cabut bulu ketiak pun segan, nak berangan pun segan, pokoknya segan untuk buat benda privacy.

Oh lupa nak cerita pasal rumah aku. Rumah aku terletak di TTS6, kawasan perumahan kos rendah. Tak banyak orang mendiami rumah di baris aku. Dan rumah aku adalah antara yang paling hujung sekali, hujung tu macam semak samun hutan kelapa sawit sikit. Depan rumah aku ada famili, sama juga dengan sebelah rumah aku ada famili yang menduduki dan sebelah satu lagi rumah Aya. Walaupun rumah aku antara yang terhujung, tapi takdela hujung mana pun. Yang paling hujung tu cina. Siap ada tokong. Cina beriman gitu. Begitu juga dengan depan rumah aku yang paling hujung. India beriman, siap ada kuil. Magrib-magrib kompem bunyi loceng. Sebab tu aku rasa banyak hantu kot. Haha. So, macam aku kata tadi, aku dapat master bedroom. Bilik ni terletak bertentang dengan rumah depan. So, kalau aku jengah tingkap aku nampak rumah depan, dan rumah India sana. Aku ni ada satu habit, suka sangat jengah tingkap kat luar tengah tengah malam. Nasib baik tak nampak menda. Haha.

Second day, masa tu aku tido lambat sikit, sebab konon-konon nak belajar. Kira macam Tahun 2 aku nak buat betul-betul.. taknak main main. Tapi biasa la, asal belajar 10 mins, lagha nya 1 jam. So ketika tu aku dah stop study dan berbaring di tilam sambil main mp3.

Tiba-tiba....

Tiba-tiba aku dengar bunyi anjing menyalak. Okay la fine, apa ada hal anjing menyalak. Dah menyalak, melolong pulak.. Aku fine jela, sambil dengar mp3 tu. Tiba-tiba dari melolong melolong tu aku dengar macam bunyik menangis pulak, mendayu-dayu. Macam sedih sangat. Aku dengar aku tak sebak pun, seram adalah. Aku amati bunyi itu, makin lama makin kuat.. semakin kuat.. Aku lepas dengar bunyi tu, bukak la surah kat mp3 tu, pastu konon nak buat buat tidor.  Tapi tak boleh tidor, sebab berdebar-debar. Bunyi tu tak berenti renti okay, pastu bergema gema pulak. Macam nak masuk rumah pun ada bunyi nya. Aku apa lagi.. amik hp konon nak kol Zatul.. Lama pulak tu nak cari nombor Zatul, macam tak jumpa je. Tapi tak jawab pulak Zatul. Pastu aku kol Lea, nasib baik dia jawab. Pastu aku cakap kat Lea suruh datang depan bilik aku, ketuk pintu. Bilamana dia ketuk je, aku terus buka pintu dan ajak dia borak. Konon taknak la cerita pasal dengar bunyi pompuan menangis sebab bunyi tu pun dah berenti.

Tapi dasar manusia, memang gatal mulut. So, aku bagitahu la dia jugak yang aku ajak dia borak pasal dengar bunyi tak best. Rupanya minah ni pun dengar juga tapi sebelum tu dia dengar macam bunyi benda jatuh kat atap belakang. Maka, kami pun berborak borak sampai subuh.

Sejak itu, asal pukul 3-330 am, pasti akan ada bunyi anjing menyalak, pastu melolong.. pastu ada bunyi orang meratap dan menangis. Aku kalau time tu je otomatik mata akan celik, tapi pasal dah mengantuk dan selalu dengar. Jadi dengarkan ajela, dan tidor.

bersambung





Post 21

Assalamualaikum.

Haha, got one comment from Myna! (at least ada la sebab untuk aku update post baru ni ha..)

 So back to the title... (title POST 21 je padahal), sebab aku cuma memerlukan satu comment untuk aku uplod cerita misteri di TTS . Okay, let's get started.

Aku akan gunakan penceritaan ibarat novel supaya para readers semua akan terpesona dengan gaya penulisan aku yang macam Tamar Jalis (kenal ke lu orang?) atau pun Ramlee Awang Murshid. Jadi, disebabkan ini merupakan cerita ala novel, kemungkinan besar akan ada lebih dari satu part. So, post yang ini kita panggil Misteri Rumah TTSku:Part 1.

Misteri Rumah Sewaku: Part 1

TTS atau nama panjangnya Taman Tasik Semenyih merupakan kawasan perumahan yang agak pendalaman tak berapa dalam yang terletak di simpang Broga, Semenyih. Kawasan ini lebih kepada perumahan untuk pelajar yang belajar di universiti yang berdekatan yang terpaksa aku namakan sebagai Uni. N (untuk menjaga nama baik kampus tersebut, karang takde pulak kan orang nak belajar kat sana uni yang maha mahal). Jadi kat situ banyak la rumah tinggal, yang dah hijau hijau dinding dek lumut. Ada yang dah jadi zoo mini untuk binatang liar. Aku tengok pun kesian. Rumah cantik tapi takde sapa nak.

BTW, aku dalam cerita ini adalah Dila, merupakan graduasi dari kampus N. Aku terpaksa berpindah ke luar (off campus) setelah setahun duduk free dalam kampus. Aku duduk dulu bilik sorang satu tapi share bilik air, kita panggil kiub. Dalam kiub ada 5 bilik, so orang dalam  kiub ni akan share 2 shower room, 2 toilet. Accomodation hall aku ni nama dia Kapas, nama sedap dan memang best duduk hall ni. Hall ni terletak paling hujung sekali so belakang hall ni cuma ada satu research building dan cuma kelapa sawit.

Takde apa yang misteri dengan hall ni cuma aku dengar cerita yang rakan-rakan selalu cerita pasal terdengar bunyi loceng kaki (ala-ala Indian) pada awal awal pagi, kira-kira jam 3 4 pagi begitu. In fact, aku pernah mendengarnya sebab aku jenis suka gak tidur lambat ketika tu. Bunyinya macam slow and steady... macam menyeret-yeret pun ada jugak. Lu bayangkan floor 1 tu dia macam lorong tau, so bunyi macam bergema gema sikit.So memandangkan yang budak budak Notts (Eh terlepas cakap pulak. Orang kata terlajak perahu boleh undur, terlajak tulis aku malas nak padam). So memandangkan budak-budak Notts sendiri dah macam syaiton, jadi aku takde la nak pikir apa-apa pun. Bila dorang cerita baru terpikir.

So back to the story, after a year.. kita yang senior ni kena la berambus cari rumah sewa kat luar ditambah pula sewa bilik kat Notts memang macam tahi mahal nak mampus. (Satu bilik rm450, elaun dapat rm700, this is crazy). Jadi berpusu-pusu la para para senior mencari rumah. Jadi aku dan Zatul mencari la rumah naik basikal Syikin time tu (romantik sangat kan). Jumpa few houses, so suggestkan kat bakal-bakal housemates. All was rejected tapi Pika came out with a house to rent in TTS5. Rumah yang sangat strategik, sangat dekat dengan bridge yang menghubungkan TTS dengan Notts. Rumah tu macam rumah biasa tapi belakang ada kelapa sawit. So, kira macam tu rumah baris paling hujung.

Jadi, walaupun ia merupakan rumah banglo, tapi bilik ada 3 je.. 1 master bedroom kat atas (so aku kena share dengan 3 kawan yang lain, kalau nak tahu duduk ramai-ramai ni complicated sikit). Kat bawah ada lagi 2 bilik, setiap bilik dishare berdua. So total ada 8 orang yang menginap sama. Rumah tu kalau nak tahu, cantik but sooooo gloomy. Macam takde seri. Dan semua orang sepakat mengatakan yang dapur adalah tempat yang mana kalau lu orang masuk dapur, lu orang akan meremang. Macam ada orang perhatikan. Sama juga di sudut tangga naik ke tingkat 2, kalau lu orang lalu otomatik meremang disertai fefeling diperhatikan. Aku kalau turun bawah melomapt laju-laju. Tapi sebab ramai orang kat rumah, so macam berani la juga nak memasak kat dapur tu ha. Pernah ada kes daging korban Aya hilang entah kemana padahal baru je defroze. Takkan kucing? haa.. itu yang pelik.

Okay biar aku cerita, bilik yang kat tingkat bawah satu terletak di depan, satu lagi terletak di belakang.. berhampiran dengan dapur. Yang bilik kat dapur diduduki Aya dan Bol. Aya dan Bol pernah cerita yang mereka selalu terdengar bunyi orang main lantunkan bola (similar as kalau lu orang main basketball, kena lantunkan bola.) Best part is bunyi lantunan datang dari tingkat atas menghala ke dapur dan berhenti di depan bilik mereka. Seingat aku, Aya pernah menceritakan ternampak bayang bola melantun (so it means that the sound of bouncing ball is true). Perkara ini terjadi beberapa kali. Sejak itu, kami ni rajin la nak mengaji Al-Mulk, sebagai pendinding diri.

Okay, pause for a moment sebab dah senja and aku nak praktis main gitar.

Thursday, December 26, 2013

Post 20

Assalamualaikum pembuka bicara, kepada sahabat saudari semua.

Haa.

Tak banyak nak cerita, just pasal program di channel 106.

Sebelum tu, aku nak tanya. Lu orang tahu tak channel 106 tu channel apa?

Yes. Correct.

Astro Oasis.

Okay, biasanya on Thursday aku ni suka nak tengok 132, Warna sebab ada Abang Jep. Yela,  buah hati berlakon dalam karoot komedia. Sapa taknak tengok an an an?

Begitu juga dengan aku. Aku tertarik macam magnet nak tengok Abang Jep. Tapi dalam sebulan ni, asal aku nak tengok je mesti parents buka channel 106.

Aku pada dasarnya agak membentak la. Terbelenggu antara dua: Ibubapa dan Abang Jep. Aku tahu surga di bawah kaki ibu, dan tidak elok menderhaka ke orang tua, jadi aku merelakan mereka menonton rancangan di saluran tersebut.

Aku berfikir.. rancangan apakah yang berjaya menarik hati mereka? Bukankah Imam Muda sudah berakhir? Atau Siri ke-9 Tanah Kubur? Kalau lu orang tahu, tanah kubur antara rancangan feveret famili aku jugak. Sebab banyak pengajaran kan.

Bukan. Bukan Tanah Kubur. Rupanya Pencetus Ummah.

Aku biarkan mata aku melorot ke kaca tv sebaik sahaja rancangan bermula. Kelihatan Dr. Ridwan Tee sebagai Emcee. Eh, ada Kak Abby la!

Satu jam rancangan berakhir. Sebenarnya mata aku masih lagi bertumpu ke kaca TV.

This is awesome! The TV programme was good!Thumbs up!

The programme indeed is a good one. I almost think it will be similar as Imam Muda. Genre nya adalah sama, tapi berbeza.

Cerita banyak tak guna, apa kata lu orang yang baca cuba tengok sendiri?

Thursday, December 19, 2013

Post 19

Astalabesta bebeh! ops..

Assalamualaikum..

Hai kawan-kawan, pekabar masing-masing? walaupun aku jangkakan takde yang nak tengok pun blog ni. Hahaaa *eh eh hambarnya...*

Pada hari Jumaat yang lalu, aku bersama-sama rakanku yang aku namakan sebagai BolBol, Ayaya dan Zetiti telah berangkat menuju ke Kelantan bagi memenuhi undangan rakan serumah Zetiti yang akan bernikoh, begitu juga dengan abang kepada pakwenya si Ayaya.

Kami bergerak pada jam 3 dengan menaiki keretanya si BolBol yang baru dibeli beliau beberapa bulan lepas. Gembira sungguh kami, bercanda dan bermesra macam esok tak jumpa lagi. Perjalanan 9 jam macam 9 minit (bohong) dek kerana kepala otak kami yang memang masuk dengan satu sama lain.

Sampai disana kami menduduki rumah Ayaya manakala BolBol menduduki rumah beliau sendiri. Atas sebab kekangan masa, kami memutuskan untuk tidak pergi ke rumah kawannya Zetiti dan hanya memenuhi satu undangan mejlis perkahwinan abang Akim (bakal abang ipar Ayaya). Yela beb, satu hari setengah je pun duduk Kelantan. Tak sempat... Dengan aku yang nak membeli sabun beras dan tas tangan.. memang tak sempat. (Akhirnya berjaya juga aku beli tas tangan yang harga RM30, okay better than nothing what..)

Ektuali yang aku beria-ria tulis karangan ni dah kenapa? Apahal? Apa sebab?

*Ketawa*

Biasa la duduk Kelantan, the best thing was good food I had. Ok you all, kat sana aku telah berjaya meng'try'kan diri aku dengan makanan baru yang Aya bawak. Let's cekidaut..

1)Teh madu di Warung Pak Mat
Kalau lu orang nak tahu, warung ni agak terkenal di kalangan retis kita. Banyak dah yang melepakkan diri di sini seperti Lisa Surirumah Tangga dan jugak Fizo Omar. Sebenarnya ada banyak, aku je yang malas nak cari. Kat situ aku makan nasi lauk ikan kakap masak lemak dan teh madu panas. Both sedap, I like the food sebab ikan kakap kot. Kalau bagi ikan tongkol takde la aku beria sangat nak makan sambil menjilat jari. And about the tea, at first I thought the tea will be so sweet. Yela, ore Kelate kan suka hok manis manis. But I was wrong, the tea is so thick yet the sweetness is just nice. Nasib baik migrain aku dah elok lepas makan Alfafa Shaklee so I have no problem to have caffeinated drink.

2)Kopitiam Kita
Yang ni kitorang pergi waktu nak berambus dari Kelate. Seperti Warung Pok Mat, Kopitiam Kita juga merupakan warung kopitiam yang femes di kalangan retis malaysia. Malaysia je ok, international retis belum lagi. Namakan saja artis terkenal, most of them have been here including me. Haha. So I ordered roti titap dan pulled tea (read:teh tarik). Roti titap tu adalah roti tebal toasted with butter and serve with half boiled egg on top and kaya jam. Jadi nak makan roti tak guna ni adalah dengan memecahkan telur tu dan lu orang sapu sikit dengan kaya. Sebenarnya buat sendiri pun boleh sebab takde pun susah. Lu orang toast roti gardenia dengan butter, then letak half boiled egg dengan kaya jenama nyonya tu. Mungkin yang membezakan roti titap kita dan roti titap kopitian kita adalah home made kaya and bread yang dorang buat sendiri kot.

Aku tried dua tempat je selain rumah kawin abang Akim tu. Sorry lu orang pasal aku tak letak gambar. Aku kan pemalas.. Lepas tu kitorang blah dari situ dengan niat nak pergi Cameron Highland. Kalau lu orang nak tahu, aku ni memang menyedihkan pasal tak pernah jejak kaki lagi kat kawasan tanah tinggi tersebut. Yela, dulu mana ada duit.. Sekarang bila ada duit sibuk la plop.

Tapi kitorang tak jadi pergi Cameron sebab hujan yang maha lebat di samping waktu yang agak lewat. Time tu pukul 9pm baru jejak Ipoh. So lu orang bayangkanlah pukul berapa pulak kitorang sampai CH? Maka kami decided to go to rumah Zetiti instead of CH. Alang alang dah kat Ipoh tu si BolBol nak la jumpa abang dia yang memang dah duduk Ipoh sambil makan makan supper kata beliau. So, we met with her brother, siap bawak few bachelors together. Konon konon nak meet and match gitu. Sayangnya takde yang aku minat. Lagi pulak aku bukan lawo mana nak main match match ni. #gitu.

Dan kuang ajornya mereka ni adalah dengan menselitkan cerita cerita hantu. Mahu je aku baling dengan mangkuk sup yang aku makan. Nasib baik aku tabah. Sebab kami akan melalui jalan femes yang memang selalu orang jumpa hantu. Tapi sebelum jumpa abang BolBol lagi kitorang dah tercerita pasal hal hal hantu ni. Cerita dari Ayaya pasal hantu kat SESTER dan Zetiti pasal hal hantu kat sekolah dia sampai la cerita hantu kat rumah Semenyih. Terbongkar la satu satu hal menyeramkan yang kami lalui di rumah Semenyih TTS5 dan TTS6. Sapa nak dengar sila angkat tangan dan komen!

Nasib baik perjalanan malam itu berlalu dengan jayanya. Maksud aku takde la pun jumpa yang entah-entah. Aku pun taknak jumpa, sebab bukannya kuat benar semangat ambo ni haa. Kami takat bermalam di situ dan bergerak pada esok petangnya. Sempat juga kami menyinggah di satu kedai Western yang agak femes di Tanjung Malim iaitu Easy Cafe.

3)Western restaurant Easy Cafe
Kat sini aku order Caramel Milk and Seafood spagetti with carbonara sauce. Oklah but I kept thinking that we can do alot better. Aku rasa Caramel Milk tu lu orang boleh buat caramel dan campurkan dengan fresh milk. Aku rasa macam tu je. Spagetti tu pulak kau buat la sos carbonara dan letak seafood banyak banyak ikut perut lu orang. Pastu tabur cheese on top of the spagetti. Siapa yang reti masak tu buatlah sendiri takyah beli beli. Kalau buat sendiri lebih puas hati. Haaa

Itu jela yang aku nak cerita. Siapa nak tahu pasal kisah kat Semenyih angkat tangan! Myna ohh Myna.. Kau je yang baca. Haha