Thursday, December 19, 2013

Post 19

Astalabesta bebeh! ops..

Assalamualaikum..

Hai kawan-kawan, pekabar masing-masing? walaupun aku jangkakan takde yang nak tengok pun blog ni. Hahaaa *eh eh hambarnya...*

Pada hari Jumaat yang lalu, aku bersama-sama rakanku yang aku namakan sebagai BolBol, Ayaya dan Zetiti telah berangkat menuju ke Kelantan bagi memenuhi undangan rakan serumah Zetiti yang akan bernikoh, begitu juga dengan abang kepada pakwenya si Ayaya.

Kami bergerak pada jam 3 dengan menaiki keretanya si BolBol yang baru dibeli beliau beberapa bulan lepas. Gembira sungguh kami, bercanda dan bermesra macam esok tak jumpa lagi. Perjalanan 9 jam macam 9 minit (bohong) dek kerana kepala otak kami yang memang masuk dengan satu sama lain.

Sampai disana kami menduduki rumah Ayaya manakala BolBol menduduki rumah beliau sendiri. Atas sebab kekangan masa, kami memutuskan untuk tidak pergi ke rumah kawannya Zetiti dan hanya memenuhi satu undangan mejlis perkahwinan abang Akim (bakal abang ipar Ayaya). Yela beb, satu hari setengah je pun duduk Kelantan. Tak sempat... Dengan aku yang nak membeli sabun beras dan tas tangan.. memang tak sempat. (Akhirnya berjaya juga aku beli tas tangan yang harga RM30, okay better than nothing what..)

Ektuali yang aku beria-ria tulis karangan ni dah kenapa? Apahal? Apa sebab?

*Ketawa*

Biasa la duduk Kelantan, the best thing was good food I had. Ok you all, kat sana aku telah berjaya meng'try'kan diri aku dengan makanan baru yang Aya bawak. Let's cekidaut..

1)Teh madu di Warung Pak Mat
Kalau lu orang nak tahu, warung ni agak terkenal di kalangan retis kita. Banyak dah yang melepakkan diri di sini seperti Lisa Surirumah Tangga dan jugak Fizo Omar. Sebenarnya ada banyak, aku je yang malas nak cari. Kat situ aku makan nasi lauk ikan kakap masak lemak dan teh madu panas. Both sedap, I like the food sebab ikan kakap kot. Kalau bagi ikan tongkol takde la aku beria sangat nak makan sambil menjilat jari. And about the tea, at first I thought the tea will be so sweet. Yela, ore Kelate kan suka hok manis manis. But I was wrong, the tea is so thick yet the sweetness is just nice. Nasib baik migrain aku dah elok lepas makan Alfafa Shaklee so I have no problem to have caffeinated drink.

2)Kopitiam Kita
Yang ni kitorang pergi waktu nak berambus dari Kelate. Seperti Warung Pok Mat, Kopitiam Kita juga merupakan warung kopitiam yang femes di kalangan retis malaysia. Malaysia je ok, international retis belum lagi. Namakan saja artis terkenal, most of them have been here including me. Haha. So I ordered roti titap dan pulled tea (read:teh tarik). Roti titap tu adalah roti tebal toasted with butter and serve with half boiled egg on top and kaya jam. Jadi nak makan roti tak guna ni adalah dengan memecahkan telur tu dan lu orang sapu sikit dengan kaya. Sebenarnya buat sendiri pun boleh sebab takde pun susah. Lu orang toast roti gardenia dengan butter, then letak half boiled egg dengan kaya jenama nyonya tu. Mungkin yang membezakan roti titap kita dan roti titap kopitian kita adalah home made kaya and bread yang dorang buat sendiri kot.

Aku tried dua tempat je selain rumah kawin abang Akim tu. Sorry lu orang pasal aku tak letak gambar. Aku kan pemalas.. Lepas tu kitorang blah dari situ dengan niat nak pergi Cameron Highland. Kalau lu orang nak tahu, aku ni memang menyedihkan pasal tak pernah jejak kaki lagi kat kawasan tanah tinggi tersebut. Yela, dulu mana ada duit.. Sekarang bila ada duit sibuk la plop.

Tapi kitorang tak jadi pergi Cameron sebab hujan yang maha lebat di samping waktu yang agak lewat. Time tu pukul 9pm baru jejak Ipoh. So lu orang bayangkanlah pukul berapa pulak kitorang sampai CH? Maka kami decided to go to rumah Zetiti instead of CH. Alang alang dah kat Ipoh tu si BolBol nak la jumpa abang dia yang memang dah duduk Ipoh sambil makan makan supper kata beliau. So, we met with her brother, siap bawak few bachelors together. Konon konon nak meet and match gitu. Sayangnya takde yang aku minat. Lagi pulak aku bukan lawo mana nak main match match ni. #gitu.

Dan kuang ajornya mereka ni adalah dengan menselitkan cerita cerita hantu. Mahu je aku baling dengan mangkuk sup yang aku makan. Nasib baik aku tabah. Sebab kami akan melalui jalan femes yang memang selalu orang jumpa hantu. Tapi sebelum jumpa abang BolBol lagi kitorang dah tercerita pasal hal hal hantu ni. Cerita dari Ayaya pasal hantu kat SESTER dan Zetiti pasal hal hantu kat sekolah dia sampai la cerita hantu kat rumah Semenyih. Terbongkar la satu satu hal menyeramkan yang kami lalui di rumah Semenyih TTS5 dan TTS6. Sapa nak dengar sila angkat tangan dan komen!

Nasib baik perjalanan malam itu berlalu dengan jayanya. Maksud aku takde la pun jumpa yang entah-entah. Aku pun taknak jumpa, sebab bukannya kuat benar semangat ambo ni haa. Kami takat bermalam di situ dan bergerak pada esok petangnya. Sempat juga kami menyinggah di satu kedai Western yang agak femes di Tanjung Malim iaitu Easy Cafe.

3)Western restaurant Easy Cafe
Kat sini aku order Caramel Milk and Seafood spagetti with carbonara sauce. Oklah but I kept thinking that we can do alot better. Aku rasa Caramel Milk tu lu orang boleh buat caramel dan campurkan dengan fresh milk. Aku rasa macam tu je. Spagetti tu pulak kau buat la sos carbonara dan letak seafood banyak banyak ikut perut lu orang. Pastu tabur cheese on top of the spagetti. Siapa yang reti masak tu buatlah sendiri takyah beli beli. Kalau buat sendiri lebih puas hati. Haaa

Itu jela yang aku nak cerita. Siapa nak tahu pasal kisah kat Semenyih angkat tangan! Myna ohh Myna.. Kau je yang baca. Haha




1 comment:

  1. tersedakkk ayaq liuq aku nyahh part last2 tuh haha. baru je baca pon :P

    ReplyDelete