Assalamualaikum pembuka bicara, kepada sahabat saudari semua.
Haa.
Tak banyak nak cerita, just pasal program di channel 106.
Sebelum tu, aku nak tanya. Lu orang tahu tak channel 106 tu channel apa?
Yes. Correct.
Astro Oasis.
Okay, biasanya on Thursday aku ni suka nak tengok 132, Warna sebab ada Abang Jep. Yela, buah hati berlakon dalam karoot komedia. Sapa taknak tengok an an an?
Begitu juga dengan aku. Aku tertarik macam magnet nak tengok Abang Jep. Tapi dalam sebulan ni, asal aku nak tengok je mesti parents buka channel 106.
Aku pada dasarnya agak membentak la. Terbelenggu antara dua: Ibubapa dan Abang Jep. Aku tahu surga di bawah kaki ibu, dan tidak elok menderhaka ke orang tua, jadi aku merelakan mereka menonton rancangan di saluran tersebut.
Aku berfikir.. rancangan apakah yang berjaya menarik hati mereka? Bukankah Imam Muda sudah berakhir? Atau Siri ke-9 Tanah Kubur? Kalau lu orang tahu, tanah kubur antara rancangan feveret famili aku jugak. Sebab banyak pengajaran kan.
Bukan. Bukan Tanah Kubur. Rupanya Pencetus Ummah.
Aku biarkan mata aku melorot ke kaca tv sebaik sahaja rancangan bermula. Kelihatan Dr. Ridwan Tee sebagai Emcee. Eh, ada Kak Abby la!
Satu jam rancangan berakhir. Sebenarnya mata aku masih lagi bertumpu ke kaca TV.
This is awesome! The TV programme was good!Thumbs up!
The programme indeed is a good one. I almost think it will be similar as Imam Muda. Genre nya adalah sama, tapi berbeza.
Cerita banyak tak guna, apa kata lu orang yang baca cuba tengok sendiri?
No comments:
Post a Comment