Assalamualaikum.
Haha, got one comment from Myna! (at least ada la sebab untuk aku update post baru ni ha..)
So back to the title... (title POST 21 je padahal), sebab aku cuma memerlukan satu comment untuk aku uplod cerita misteri di TTS . Okay, let's get started.
Aku akan gunakan penceritaan ibarat novel supaya para readers semua akan terpesona dengan gaya penulisan aku yang macam Tamar Jalis (kenal ke lu orang?) atau pun Ramlee Awang Murshid. Jadi, disebabkan ini merupakan cerita ala novel, kemungkinan besar akan ada lebih dari satu part. So, post yang ini kita panggil Misteri Rumah TTSku:Part 1.
Misteri Rumah Sewaku: Part 1
TTS atau nama panjangnya Taman Tasik Semenyih merupakan kawasan perumahan yang agak pendalaman tak berapa dalam yang terletak di simpang Broga, Semenyih. Kawasan ini lebih kepada perumahan untuk pelajar yang belajar di universiti yang berdekatan yang terpaksa aku namakan sebagai Uni. N (untuk menjaga nama baik kampus tersebut, karang takde pulak kan orang nak belajar kat sana uni yang maha mahal). Jadi kat situ banyak la rumah tinggal, yang dah hijau hijau dinding dek lumut. Ada yang dah jadi zoo mini untuk binatang liar. Aku tengok pun kesian. Rumah cantik tapi takde sapa nak.
BTW, aku dalam cerita ini adalah Dila, merupakan graduasi dari kampus N. Aku terpaksa berpindah ke luar (off campus) setelah setahun duduk free dalam kampus. Aku duduk dulu bilik sorang satu tapi share bilik air, kita panggil kiub. Dalam kiub ada 5 bilik, so orang dalam kiub ni akan share 2 shower room, 2 toilet. Accomodation hall aku ni nama dia Kapas, nama sedap dan memang best duduk hall ni. Hall ni terletak paling hujung sekali so belakang hall ni cuma ada satu research building dan cuma kelapa sawit.
Takde apa yang misteri dengan hall ni cuma aku dengar cerita yang rakan-rakan selalu cerita pasal terdengar bunyi loceng kaki (ala-ala Indian) pada awal awal pagi, kira-kira jam 3 4 pagi begitu. In fact, aku pernah mendengarnya sebab aku jenis suka gak tidur lambat ketika tu. Bunyinya macam slow and steady... macam menyeret-yeret pun ada jugak. Lu bayangkan floor 1 tu dia macam lorong tau, so bunyi macam bergema gema sikit.So memandangkan yang budak budak Notts (Eh terlepas cakap pulak. Orang kata terlajak perahu boleh undur, terlajak tulis aku malas nak padam). So memandangkan budak-budak Notts sendiri dah macam syaiton, jadi aku takde la nak pikir apa-apa pun. Bila dorang cerita baru terpikir.
So back to the story, after a year.. kita yang senior ni kena la berambus cari rumah sewa kat luar ditambah pula sewa bilik kat Notts memang macam tahi mahal nak mampus. (Satu bilik rm450, elaun dapat rm700, this is crazy). Jadi berpusu-pusu la para para senior mencari rumah. Jadi aku dan Zatul mencari la rumah naik basikal Syikin time tu (romantik sangat kan). Jumpa few houses, so suggestkan kat bakal-bakal housemates. All was rejected tapi Pika came out with a house to rent in TTS5. Rumah yang sangat strategik, sangat dekat dengan bridge yang menghubungkan TTS dengan Notts. Rumah tu macam rumah biasa tapi belakang ada kelapa sawit. So, kira macam tu rumah baris paling hujung.
Jadi, walaupun ia merupakan rumah banglo, tapi bilik ada 3 je.. 1 master bedroom kat atas (so aku kena share dengan 3 kawan yang lain, kalau nak tahu duduk ramai-ramai ni complicated sikit). Kat bawah ada lagi 2 bilik, setiap bilik dishare berdua. So total ada 8 orang yang menginap sama. Rumah tu kalau nak tahu, cantik but sooooo gloomy. Macam takde seri. Dan semua orang sepakat mengatakan yang dapur adalah tempat yang mana kalau lu orang masuk dapur, lu orang akan meremang. Macam ada orang perhatikan. Sama juga di sudut tangga naik ke tingkat 2, kalau lu orang lalu otomatik meremang disertai fefeling diperhatikan. Aku kalau turun bawah melomapt laju-laju. Tapi sebab ramai orang kat rumah, so macam berani la juga nak memasak kat dapur tu ha. Pernah ada kes daging korban Aya hilang entah kemana padahal baru je defroze. Takkan kucing? haa.. itu yang pelik.
Okay biar aku cerita, bilik yang kat tingkat bawah satu terletak di depan, satu lagi terletak di belakang.. berhampiran dengan dapur. Yang bilik kat dapur diduduki Aya dan Bol. Aya dan Bol pernah cerita yang mereka selalu terdengar bunyi orang main lantunkan bola (similar as kalau lu orang main basketball, kena lantunkan bola.) Best part is bunyi lantunan datang dari tingkat atas menghala ke dapur dan berhenti di depan bilik mereka. Seingat aku, Aya pernah menceritakan ternampak bayang bola melantun (so it means that the sound of bouncing ball is true). Perkara ini terjadi beberapa kali. Sejak itu, kami ni rajin la nak mengaji Al-Mulk, sebagai pendinding diri.
Okay, pause for a moment sebab dah senja and aku nak praktis main gitar.
No comments:
Post a Comment