Saturday, March 1, 2014

Post 29: Drama sepagi

Aku mengeliat, baru bangun tidur katanya. Sambil mengeliat ke kiri dan ke kanan, aku menguap. Sempat aku meyedut bau kuapanku tadi. Mak aih, boleh tahan bangkai juga bau nafas bangun pagi aku. Macam mana nak berhadapan dengan bakal suami kelak? Arab kata apa? Zauj? Haa, macam mana nak berdepan dengan bakal zauj ku?

"Apa ada hal, mungkin bau nafas pagi beliau lagi bangkai dari aku", aku bermonolog sendirian untuk menyedapkan hati. Sementelah itu, laju aku mencapai Tic Tac yang aku beli kemarin, untuk meneutralkan bau yang ada. Sambil kunyah, sambil aku kentut barang sedas dua. Barulah hipster kentut pagi-pagi ni. Aku tersenyum sendirian, bangga dengan sikap tak senonohku

Puas bermain dengan perasaan sendiri, baru aku teringat perihal kakakku, Ana. Mata bundarku (?) melirik disekeliling bilik. Mode penyiasatanku automatik on. Ibarat Sherlock Holmes, aku cuba mencari bukti dan kesan-kesan tinggalan Ana. Mataku tertancap di bahagian sudut di sebelah kiri. Beldi mandian beliau tiada! Where is she? where is she? Mulalah aku berdrama, konon-konon beliau diculik. Lama tak lama juga, dalam 5 minit aku berdrama. Bosan bersandidrama, aku baring semula di atas katil yang empuk tak empuk sangatlah.

Tiba-tiba..

Pintu terkuak.

Aku tidak melakukan apa-apa, sekadar menjangka bahawa Ana yang masuk. Aku ready bekukan telinga, kot-kot dapat halwa telinga ke pepagi ni.

Aku pelik, apsal Ana meow meow? Terkejut dengan bunyi tersebut, kukalih mataku yang sibuk meng'scroll down 9gag di tablet.

Oh, Blackie rupanya. Seekor kucing betina yang boleh tahan besarnya, kalau kira BMI bolehlah aku kategorikan kucing ni obese. Kucing ni kami temukan di depan muka pintu, macam orang gila, macam orang hilang arah. Tapi diakan binatang. Jadi masa kami jumpa beliau, aku tengok macam binatang hilang arah. Sesuai dengan nama beliau, Blackie adalah kucing hitam semua, takda yang putih pun kat dia ni, kecuali kat bawah perut dia adalah putih-putih sikit. Aku syak kuat berjemur Blackie ni, konon-konon nak rasa macam mat saleh gittew. Tu pasal la hitam. Nampak juga aku agak racist di situ. Setelah diceramah Ana, cepat aku beristigfar. Tak baik buruk sangka.

Gembira dengan kehadiran Blackie, aku menjemput beliau masuk.

"Mari-mari" kataku. Eh sombong pulak binatang ni. Buat dek je.
"Hei kucing, marilah", kataku lagi. Ku lembutkan nada.

Blackie pun tanpa teragak agak menuju ke arahku. Eh bila cakap macamtu datang pula. Dasar binatang. Eheh

Aku mengusap manja kepala Blackie. Nyata dia suka dibuat begitu. Ku usap lagi, kali ini lebih rakus.
Terpejam-pejam mata Blackie. Taknak dia seronok sangat, aku ketuk sikit kepalanya biar sedar dan kembali ke alam nyata. Terkejut dia. Padan muka.

Dah puas aku pet Blackie, Blackie pun keluar dari bilik. Aku tak puas hati. Keluar macam tu je? Terima kasih pun tidak?

"Woi, ucap terima kasih la woi. Guna bahasa kucing pun takpe", aku meninggikan suara tanda tak puas hati sambil memerhati dia berjalan keluar.

Blackie menoleh ke belakang dan bercakap dalam bahasa kucing langsung memalingkan muka dari pandangku dengan senyuman maha sini. Aku yakin dia bukan cakap terima kasih.

"Dasar binatang!", teriakku lagi.

"Whatever...", jawab Blackie.

Eh pandai pulak dia cakap bahasa omputih? Esok dia datang, jangan harap aku bagi masuk. Aku mendengus tak puas hati.Ada ubi ada batas, ada hari aku balas. Aku menyimpan dendam pada kucing tersebut.  Pada masa yang sama Ana masuk. Dan pada masa yang sama baru aku perasan aku dah lewat untuk ke ofis!

 
The rumour must be true, cats are on their way to conquer human world. Serve you right human for what you did to them,.

No comments:

Post a Comment