Hatta pada Rabu lepas aku sempat membeli 2 buah novel. Sesuai dengan diri aku yang pakai baju corak tengkorak, muka ala gengster walaupun hati nurani aku bersih dan polos, jadi yang aku beli cumalah 2 novel horor katanya. Eceh.
Ectuali tadi aku tertekan backspace. Jadi aku malas pulak nak taip balik benda yang dah terpadam. Buat apa nak kecoh-kecoh taip balik ayat kau tengah bangga diri, ye dak?
So, kemarin (Rabu) lepas macam aku cakap tadi, aku sempat beli 2 buah novel. Gerak pun mestilah lepas perut da kenyang, supaya mood membeli tu ada. Sebelum pergi tu, sempat jugak aku menimba ilmu dengan Abam Zuwa. Kata beliau, eloklah kira kalau dia tolong masa aku masih lagi di initial stage. Bagus abam ni. Kalau plan nak keluar takde, mesti lama perbincangan kami.
Aku tolak tepi cerita dari dalam kereta sampai la aku kat Aeon. Takde menda nak story benarnya kecuali baru aku tahu lagu baru yang best yang aku ingat band Indonesia yang nyanyi rupanya dinyanyikan oleh Ajai. Aku tergelak. Mungkin Ajai nak fefeling jadi muda sikit, so dia pun buat la lagu macam lagu Indonesia. Lupa pulak tajuk lagu tu, tapi boleh tahan gak kalau nak buat halwa telinga masa tetengah boring. Dengan syarat, jangan bayang lagu tu Ajai yang nyanyi. Haha.
Umum tahu bahawa aku bukanlah peminat novel jiwang. Sebagai contoh, ombak sendu atau projek memikat mak mertua atau apa-apa sajalah. Satu je sebab: sebab aku tak minat. That's all. Boleh la sikit kalau nak selit cakap yang novel cinta ni berbalik pada point yang sama. Samada kau kena paksa kahwin pastu bibit cinta muncul atau ada satu mamat gila bapak kaya yang tiba-tiba jatuh cintan pada kau yang cuma minah kampung. Dimana mamat tu sebelum jumpa kau perangai beliau bawah satu level dari syaiton. eheh. Itu belum lagi kira halangan-halangan keluarga dan mereka yang dengki. Watak dalam tu punyalah gigih mengharungi setiap cabaran yang berliku sebelum mengecap kebahagiaan.
Okay je pada aku plot novel cinta sebenarnya, yang tak okay bila berpuluh juta novel cinta semua plot sama cuma tinggal nama je upgrade sikit, jadi lebih moden. Tak pening kau baca nama bebelit lidah? Ahmad Adam Ezmir Rayqal la, Puteri Neelopah Mursyid Al JAzeera la. Gila pening.
Okay, selesei merepek. Moh kita ke topik utama. Actually aku nak la review novel yang aku baca; Runcing dan Kacau. Itupun dapat beli lepas merayu kat Kak Ana guna baucar beliau. Eleh Kak Ana ni, dahla la guna duit rakyat takyah la nak kedek-kedek dengan adik sendiri. Haha. So, sini aku bagi review ringkas jela. Tak payah nak beria sangat, karang marah penulis novel yang sebenar.
Runcing
Novel ni berlatarbelakangkan tahun 60an dimana Melayu baru je rilek dari penjajahan. Tapi sisa bekas kena jajah tu masih ada lagi pasal time tu omputih masih lagi sibuk melorat kat pejabat pengurusan. Jangan kau tak tahu, time ini pun sihir main ilmu santau dah diprektikkan tau. Orang melayu ni koje dok menyantau orang je. Kemain lagi dengki.
Jadi novel ni berkisarkan pasal ilmu sihir, bila satu kampung kena sihir. Haa, mistik tak mistik? Cemana orang kampung nak selamatkan diri? Lalu hadirla satu jejaka alim, aku bagi nama H je. Tak boleh bagi pepanjang, nanti spoil. So abam H ni kira dia datang sebagai penyelamat. Kalau omputih, boleh la aku cakap dia ni macam Superman, Bataman ataupun watak superhero yang aku paling minat sekali iaitu Ultraman. Dapatkan beliau menyelamatakan Kampung Pulau Pandan Jauh Ke Tengah? haa, itu yang kita tak tahu. OK typo disitu, MENYELAMATAKAN pun boloeh..tadehal. BOLOEH pun boleh..tadeha;,
Nampak tak permainan typo-typo kat situ? Maafkan jari mungil aku.
Kalau kau tanya kat aku, bagi aku novel ni just so-so je. Banyak sangat ulang-ulang. Kau bayangkan, dalam patploh ratus muka surat, scene kena sakat dengan hantu boleh je aku kira pakai jari kaki aku.. Banyak bercakap dari aksi. Bila banyak bercakap ni, aku apalagi.. kasar je aku skip dua tiga pages. Gila bosan.
Kacau
Novel kacau ni berlatardepankan tahun 2014 dari meja pengarang Fixi. Sebenar aku suka jugak novel dari Fixi. Syarikat penerbitan Fixi ni lebih kepada gaya penulisan novel yang urban. So, kau nak mencarut sampai mulut kau bengkak berdarah pun tadehal sebab dah motip dia nak terbitkan novel yang urban. Tapi kau ingat jadi urban best sangat? Buat masa ni aku dah ada 3 novels dari Fixi dan aku tengah bertimbang tara nak beli lagi. Nak tak nak terpaksa aku rajin membodek Kak Ana. Kerak nasi yang keras tu kau bubuh air lama-lama lembut la, ye dak?
Berbalik pada novel ni, okay aku suka. Kau boleh bayang kalau aku cakap macam aku termasuk sekali dalam novel ni? Gila tak gila. Bahasa sempoi dengan sikit selitan berunsur lucah. Aku tak sempat pula nak kira berapa kali penulis tulis fuck and sial dalam novel beliau ni. Seriously, banyak. Lebih banyak daripada zikir bertasbih, bertahmid atau bertakbir. Urban katanya. Tapi kau nak buat urban pun aku agak tak payah nak macam takde akidah sangat. Haha, sorry penulis.
Yang menarik aku adalah kemampuan penulis mendeskripikan scene horror itu sendiri. Novel ni pasal satu geng ni konon-konon suka gila pergi ghost hunt. Sambil ghost hunt kat satu bangunan tinggal kat Seremban, boleh pulak main spirit of the coin. Satu benda kalau kau main benda syirik ni adalah tak boleh lepas tangan masa berinteraksi dengan entiti, karang entiti tu takmo lepaskan kau pula. Benda ni terjadi kat geng tersebut, mereka terlepas tangan pasal terkejut tengok kawan dorang macam kena rasuk. Ambik kau, sapa suruh main bukan-bukan. Pergi la mai tingting ke, main dota ke. Mainlah apa saja asa tak merepek macam spirit of the coin. Apakah yang jadi pada mereka?
Masa baca novel ni, sempat juga aku kerling kat bawah meja belajar. Kot-kot ada hantu tengah mencangkung sambil pandang muka aku dengan mata merah dan kulit pucat. Ataupun rambut panang rambut putih muka pucat dengan airmata berdarah berdiri tegak di tepi almari renung aku yang sedang membaca.
Tamat.
No comments:
Post a Comment