Sunday, March 23, 2014

Post 32: Piah Jonggang

Piah Jongang termengah-mengah. Mimpi yang dialaminya tadi sangat menakutkan. Dalam mimpi berdurasi 30 minit itu, dia telah dipaksa berkahwin dengan Leman Hapak. Dia hampir menangis. Gila nak kawin dengan Leman Hapak? Lelaki duda bertatu naga di bahagian belakang badan yang harus dinikohi?

"Ah, tak mungkin. Mimpi ini mesti dari syaiton nirrajim"; Piah Jongang menyedapkan hatinya yang berdebar.

Bukan apa, kalau bertatu macam Abam Jebat lakonan Sharnaaz Ahmad dalam drama Bukan Kerna Aku Tak Cinta takpelah jugak. Piah Jonggang sanggup menjadi Mastura nya. Tapi ini Leman. Sudah la bertatu naga, kaki banyak cagu pula. Itu belum lagi ungkit pasal Bau ketiak Leman Hapak yang maha busuk; pernah ada kes sekor lembu bunting 9 bulan rebah jatuh kebumi gara-gara tercium bau ketiak Leman Hapak semasa menikmati rumput di pinggir bukit berdekatan Sekolah Rendah Agama disitu. Tapi untung juga kerana penduduk kampung dapat menikmati daging lembu free.. walaupun masih terbau lagi kehapakkan. Pasal itulah penduduk kampung memanggilnya Leman Hapak biarpun nama sebenar beliau Adam Daniel Raqqal bin Adam Hawani.

Peluh jantan dan betina masih lagi mengalir begitu deras daripada dahi Piah Jonggang. Dikalih mata ke arah kakaknya yang berdengkur macam tak pernah tidur. Sesekali terlihat senyuman terukir di bibir kakak yang boleh saja dipanggil Tipah Jongang. Tidak pernah lagi dalam keluarga Piah Jonggang yang tidak mempunyai gigi yang jonggang, semuanya mancung belaka.

"Si Tipah ni boleh pula tersenyum. Mimpi Jep Sepah la tu..", menjuih mulut Piah Jonggan merungut tidak puas hati kerana dia merasakan akaknya bermimpi yang indah.

Piah Jonggang mengeluh, masih adakah lelaki yang mahukan dia yang bergigi mancung ini? Dia tidak mahu mimpi menikahi Leman Hapak menjadi nyata!

-bersambung-




No comments:

Post a Comment