Semah Tupik berjalan laju, cuba berjalan selaju cahaya. Tetapi seringkali laluannya dilengahkan oleh lopak lopak air yang bersepah di jalan tar Kampung Pinang Berbelah Bahagi (KPBB). Lagak seorang askar, Semah Tupik cuba mengelak setiap lopak air yang terdapat disitu. Sekejap-sekejap dia pandang ke belakang. Sesekali dia mengomel sendirian, seakan marah dan menyampah. Marah dengan ketua kampung KPBB, Pak Kemang yang perasan muda tu. Padahal gigi rompong sana sini, kulit pun dan berkedut. Pastu jalan berlopak pun tak reti nak betulkan.
"Kenapalah kampung ni jalan macam taik", rungut Semah Tupik dalam hati.
Tubuh Semah Tupik yang tinggi lampai dan mempunyai skin tone kuning kecoklatan kemudiannya melalui sebuah pohon ketapang yang dikatakan dihuni dua ekor entiti jahat oleh penduduk kampung. Entiti tersebut tidak lain dan tidak bukan adalah Kutil dan Bidin Kokok, dua kacang hantu
yang paling berpengalaman dan mahir dalam selok belok serta tatacara
seorang kaki lepak yang sejati di kawasan perumahan itu. Masing masing mendapat gelaran nama tersebut disebabkan kaki Kutil yang dihinggapi begitu banyak sekali kutil manakala Bidin Kokok pula mendapatkan gelaran tersebut kerana beliau suka berkokok di waktu tengah malam. Pernah orang kampung balik ais box kepada Bidin kerana berbuat bising, tetapi perkara tersebut terhenti sekejap sahaja pabila peti suara Bidin rosak tetapi berulang semula setelah sembuh.
Arakian Kutil dan Bidin Kokok melihat Semah Tupik yang berjalan laju, mereka pun menegur gadis yang menjadi pujaan orang-orang tua di kampung tersebut.
“Hai Semah Tupik, ,
kenapa termengah-mengah ni? Tengah jogging ke?” soal Kutil lalu
tersengih menampakkan barisan giginya yang rompang di sana sini.
"Takdala abang Kutil, Semah tengah jual nasi ayam ni", balas Semah Tupik dengan nada memerli. "Dah berpeluh peluh ni mesti la joging. Bongok juga abang Kutil.. ", selamba Semah Tupik berkata.
Kutil
malu sendiri sedang sahabat juangnya Bidin Kokok pula terbahak-bahak ketawa terkokok-kokok
sambil mengaru-garu ketiak. Serupa benar gayanya dengan seekor monyet.
“
Abang Kutil dengan abang Bidin boleh tolong Semah tak? Semah rasa si Apai
Gila tu ikut Semahlah masa tengah joging kat tepi simpang sana tu", terjuih mulut Semah menerangkan tentang kejadian.
“Apai? Dia buat apa dengan Semah?” soal Kutil kembali.
“Masa Semah tengah joging sambil berguling-guling nak elak lopak kat jalan simpang depan tu, tiba tiba Apai Gila yang tengah bercakap dengan siput kejar Semah tanpa sebab!!. "Terang Semah Tupik.
Kutil
mengepal penumbuk. Bidin Kokok pula meludah ke tanah. Nampaknya kegilaan Apai semakin menjadi-jadi. Dulu Apai Gila pernah mengemparkan seluruh
penduduk kawasan perumahan ini dengan cerita beliau gigit ketiak seorang budak yang mengejeknya. Kali ini Apai gila sudah berani menganggu anak dara
pula. Apatah lagi yang diganggunya adalah Semah Tupik, awek idaman jejaka di kampung baik tua atau yang muda.
Kutil mula hayun langkah, Bidin Kokok juga ikut menurut. Semah pun tak mahu melepaskan peluang meyaksikan pengacaunya diajar. Dia juga
mengekori. Ketiga-tiga mereka melangkah deras menuju ke simpang jalan
dimana tempat terakhir Apai Gila dilihat berada.
Cuma Semah yang kelihatan tertinggal kebelakang, laju Semah Tupik mengejar Kutil dan Bidin Kokok kembali. Sementara itu, Kutil dan Bidin Kokok sibuk membayangkan
pencak-pencak serta teknik ninja untuk digunakan ke atas Apai sebentar
lagi.
“ wei mangkuk!!.” Jerit Bidin Kokok sebaik sahaja terlihat
kelibat Apai Gila sedang asyik berbual dengan seekor siput babi berwarna hitam di simpang jalan.
Apai Gila lantas menoleh ke arah mereka bertiga dengan seribu pertanyaan. Namun, beliau kembali menyambung perbualannya tentang isu kenaikan harga minyak dan juga isu penurunan harga kangkung yang menjadi topik hangat dibualkan masa kini. Bidin Kokok yang berang dengan layanan kurang mesra Apai Bidin terus menghampiri Apai Gila dan menempeleng ubun-ubun Apai sebanyak 7 kali berturut-turut.
“Apa ni? Gila ke?,” jerit Apai Gila seraya mengusap kepalanya yang berdengung selama beberapa saat. Kelihatan beberapa ekor burung pipit dan bintang berlegar-legar disekeliling kepalanya.
“ kau tu yang gila!! Tak dengar ke aku panggil tadi?’
“mana ada orang panggil aku? Korang panggil mangkuk! Nama aku bukan mangkuk.” Bidas Apai.
“habis
tu nama kau apa? sudu? pinggan?,”jerit Kutil pula
sementelah Semah Tupik sedang berdiri disebelahnya. Dia juga mahu menunjukkan
keperwiraan dirinya. Semah Tupik hanya berdiri di belakang kedua-dua ekor hantu jalanan Kampung Pinang Berbelah Bahagi.
Apai berdiri seraya mencekak pinggang.
Wajahnya merah padam kerana marah. Membuatkan Bidin Kokok dan Kutil merasa
sedikit cuak. Semah Tupik yang sedari tadi bersembunyi di belakang Kutil kelam
kabut menyorokkan muka.
“ Kau pernah pergi sekolah tak?” soal Apai bengis.
“ Pernah! Apasal?” soal Bidin Kokok kembali. Wajahnya sengaja dikerutkan sekasar mungkin bagi menimbulkan impak garang maksima.
“ kau pernah pergi sekolah naik basikal?” Apai bertanya lagi.
“Pernahlah!! Kenapa kau tanya?” Kutil menjawab.
“Kau pernah pergi sekolah naik basikal bawak peti ais kat dalam poket?” Apai terus menerus menyoal.
Kutil, Bidin Kokok dan Semah Tupik tercenggang. Langsung tidak memahami kaitannya dengan
soalan sebelumnya. Bidin Kokok angkat bahu manakala Kutil pula mengelengkan
kepala. ,masing-masing berpandangan sesama sendiri.
“ Weh Apai
Gila!! Kami datang sebab nak tau kenapa kau kacau si Semah ni?” Kutil
bertanya setelah beberapa ketika mengaru kepala.
“ Kacau pun tak boleh?”
“Memanglah tak boleh!! Kau ingat boleh suka-suka nak buat apa-apa dekat kawasan ni?” tengking Kutil.
“Kalau usik?”
“Usik pun tak boleh!!”
“Kalau aku usik sikit lepas tu aku kacau, posmen datang tangkap aku ke?” Apai bertanya lagi.
:Nak buat apa pulak posmen tu tangkap kau? Dia hantar surat je.”
“ Dah tau dia hantar surat, kenapa surat aku tak sampai-sampai lagi?”
“Surat mana pulak?”
“Surat akulah!! Ketua pemuda daerah Beijing janji nak hantar. Dah tiga hari krismas aku tunggu.”
“Surat ape yang kau tunggu tu?” Bidin Kokok mula pening dengan soalan Apai Gila.
“Bodohlah
kau ni!! Takkan itupun aku nak bagitau? Dah tentulah surat menyurat.
Takkan kiriman suratan takdir pulak!!” ujar Apai Gila marah-marah.
Kutil
dan Bidin Kokok garu kepala lagi. Niat mereka mencari Apai Gila adalah untuk
mengajarnya tapi sekarang mereka pula yang diperbodohkan. Semah Tupik pula
terkekeh-kekeh ketawa menutup mulut. Geli hatinya menyaksikan senario
sentul yang berlaku.
“Kau ingat kelakar... kau ingat ini punchline... Tak habis-habis dengan lawak kereta Avanza kau. Kau belajar dari mana buat lawak punchline tak sampai ni? Dari Rahim?" Bidin Kokok cuba mempertahankan diri. Dia takkan kalah dengan lawak orang takde puncline macam Apai Gila.
"Malas kitaorang nak layan budak gila macam
kau ni. Satu je aku nak cakap, lain kali kalau aku dengar kau kacau
anak dara orang lagi, kitaorang pelepuh kau barang sejemput dua!! Dahlah Kutil.
Jom balik!! Ajak Bidin Kokok lalu berpaling menghadap Semah Tupik.
Baru saja Bidin Kokok mahu mengajak Semah Tupik pergi dari situ, dia tersentak. Semah telah
tiada di tempatnya. Kutil dan Bidin Kokok melingas memandang ke kiri dan kanan umpama seorang polis yang mencari penjenayah.
Tiba-tiba Bidin Kokok terasa bahunya dicuit. Wajah Kutill yang sedang
menjuihkan bibir segera membuatkan dirinya memusing kepala kearah yang
ditunjukan.
Mulut Bidin Kokok terlopong luas. Kerana di hadapan matanya Semah Tupik yang sedang mereka pertahankan sedang berbual-bual mesra dengan Apai Gila. Siap lapkan peluh Apai lagi yang menjurai keluar dari dahi Apai. Kelihatannya Semah Tupik juga ikut berbual bersama siput babi tersebut yang nampak seperti terpinga-pinga dengan topik yang dibincangkan. Sesekali Bidin Kokok dan Kutil mendengar Semah Tupik dan Apai gila gelak bersama. Apa yang kelakar, mereka pun tak tahu. Terbakar benar hati mereka melihat Semah memaut lembut lengan Apai Gila.
.
“Semah, apa semua ni?” soal Bidin Kokok kurang mengerti. Kutil pula mengaru kepala yang tidak gatal. Beberapa ekor ibu kutu dan bergelen-gelen kelemumur jatuh lalu diterbangkan angin ke kepala Bidin Kokok akibat garuan Kutil sebentar tadi.
“Mintak
maaflah bang. Semah dah salah sangka pada abang Apai. Rupanya abang Apai
ni kelakar orangnya. Semah suka sangat!!” Semah Tupik menjawab bersahaja. Apai pula nampak bangga dan kembang kempis hidungnya sementelah dipuji Semah Tupik.
Keesokan
harinya, ramai penduduk kawasan perumahan itu yang mengaku ada terlihat
kelibat Kutil dan Bidin Kokok sedang ketawa terbahak-bahak di bawah pokok
ketapang sambil berbual dengan seekor siput babi bersaiz sederhana.
No comments:
Post a Comment