Friday, December 27, 2013

Post 22

Continue from previous post*

Sebelum start, aku flash back balik yang semalam aku stop kat sound of bouncing ball.

Ok, pastu jiran sebelah ada yang masa balik malam nampak ada makhluk bertenggek di pokok di depan rumah kami. Depan rumah kami ada satu pokok, yang macam mati segan hidup tak mahu. Eh apasal macam pelik je bunyinya? Ya, pokok tersebut cuma ada beberapa daun pucuk. Ketika itu jiran sebelah pulang dari kampus, lebih kurang dalam tengah malam.. dan seorang diri.

So semasa berjalan ke simpang masuk rumah, beliau terlihat akan penampakkan. Tapinya beliau buat bodoh jela. Kan aku dah cakap sebelum ni, perangai budak kampus tu sama syaiton je dengan syaiton. haha. Tapi bukan semua, okay?

Kemudian, orang yang sama juga nampak ada benda berdiri kat atap rumah kitorang. Waktu kitorang semua dah berambus dah dari rumah tu. Semua dah berpecah. Pada waktu itu, beliau sedang menyidai baju, juga pada jam lebih kurang tengah malam. Dan beliau adalah orang yang sama yang jumpa penampakan wanita di dahan pokok. Kali ni apa yang beliau nampak adalah penampakan seorang lelaki berjubah hitam yang kelihatan berdiri kaku di atap memandang sesuatu. Nasib bak hang dia tak pandang kat jiran sebelah ni... Yang jiran ni pulak tengah-tengah malam nak sidai baju.Sebenarnya ada lagi yang berlaku, tapi baik aku diamkan saja. Haha.

Rumah sewaku: Part 2

Setelah berbincang dengan lebih lanjut (tu pun perbincangan memang kritis dan rumit siap panggil mak ayah Pika lagi), akhirnya kami berpakat berpecah untuk menduduki rumah di TTS6. Rumah kat kawasan itu lebih murah dan kami pun taknak bayar mahal mahal duduk kat rumah banglo tu tapi duduk tak selesa. Bayangkan satu master bedroom duduk 4 orang?  sungguh sempit okay.

Kami berpecah, Aya, Zeti dan Bol satu rumah, Pika, Sumai dan Pah satu rumah dan aku dan Zatul sebuah rumah. Pening juga masa tu nak cari lagi seorang housemate. Mujur ada Azalea. Jadi rumah kami sudah lengkap, 3 orang satu rumah. Aku amik master bedroom, Zatul middle manakala Azalea stay in the smallest room. We divided the rent accordingly follow the size of the room. So kira aku bayar lebih la. Aku pun tak kisah sangat sebab berapa sangat yang lebihnya, dan bilik tu pun selesa...luas. boleh aku joget joget ke exercise ke berangan dalam bilik nanti.

Masa hari pertama masuk rumah tu, takde la kotor sebab Zatul dan bersihkan sikit sikit, but still so much things to tidy up. But after we bought few things macam peti ais, tikar dan others.. so nampak la sikit rumah tersebut macam bernyawa. So, at very first day I tido well, sebab penat. Surah baqarah pun dah bergema kat bilik sebelum tu. Aku pun suka la sebab tido lena, pastu dala sorang sebilik. Kira privacy kau macam terjaga macam tu. Sebenarnya sebab dari foundation lagi dah duduk sorang kan, so when it comes to stay together with other people in one room, jadi macam privacy ko dah takde. Ko nak cabut bulu ketiak pun segan, nak berangan pun segan, pokoknya segan untuk buat benda privacy.

Oh lupa nak cerita pasal rumah aku. Rumah aku terletak di TTS6, kawasan perumahan kos rendah. Tak banyak orang mendiami rumah di baris aku. Dan rumah aku adalah antara yang paling hujung sekali, hujung tu macam semak samun hutan kelapa sawit sikit. Depan rumah aku ada famili, sama juga dengan sebelah rumah aku ada famili yang menduduki dan sebelah satu lagi rumah Aya. Walaupun rumah aku antara yang terhujung, tapi takdela hujung mana pun. Yang paling hujung tu cina. Siap ada tokong. Cina beriman gitu. Begitu juga dengan depan rumah aku yang paling hujung. India beriman, siap ada kuil. Magrib-magrib kompem bunyi loceng. Sebab tu aku rasa banyak hantu kot. Haha. So, macam aku kata tadi, aku dapat master bedroom. Bilik ni terletak bertentang dengan rumah depan. So, kalau aku jengah tingkap aku nampak rumah depan, dan rumah India sana. Aku ni ada satu habit, suka sangat jengah tingkap kat luar tengah tengah malam. Nasib baik tak nampak menda. Haha.

Second day, masa tu aku tido lambat sikit, sebab konon-konon nak belajar. Kira macam Tahun 2 aku nak buat betul-betul.. taknak main main. Tapi biasa la, asal belajar 10 mins, lagha nya 1 jam. So ketika tu aku dah stop study dan berbaring di tilam sambil main mp3.

Tiba-tiba....

Tiba-tiba aku dengar bunyi anjing menyalak. Okay la fine, apa ada hal anjing menyalak. Dah menyalak, melolong pulak.. Aku fine jela, sambil dengar mp3 tu. Tiba-tiba dari melolong melolong tu aku dengar macam bunyik menangis pulak, mendayu-dayu. Macam sedih sangat. Aku dengar aku tak sebak pun, seram adalah. Aku amati bunyi itu, makin lama makin kuat.. semakin kuat.. Aku lepas dengar bunyi tu, bukak la surah kat mp3 tu, pastu konon nak buat buat tidor.  Tapi tak boleh tidor, sebab berdebar-debar. Bunyi tu tak berenti renti okay, pastu bergema gema pulak. Macam nak masuk rumah pun ada bunyi nya. Aku apa lagi.. amik hp konon nak kol Zatul.. Lama pulak tu nak cari nombor Zatul, macam tak jumpa je. Tapi tak jawab pulak Zatul. Pastu aku kol Lea, nasib baik dia jawab. Pastu aku cakap kat Lea suruh datang depan bilik aku, ketuk pintu. Bilamana dia ketuk je, aku terus buka pintu dan ajak dia borak. Konon taknak la cerita pasal dengar bunyi pompuan menangis sebab bunyi tu pun dah berenti.

Tapi dasar manusia, memang gatal mulut. So, aku bagitahu la dia jugak yang aku ajak dia borak pasal dengar bunyi tak best. Rupanya minah ni pun dengar juga tapi sebelum tu dia dengar macam bunyi benda jatuh kat atap belakang. Maka, kami pun berborak borak sampai subuh.

Sejak itu, asal pukul 3-330 am, pasti akan ada bunyi anjing menyalak, pastu melolong.. pastu ada bunyi orang meratap dan menangis. Aku kalau time tu je otomatik mata akan celik, tapi pasal dah mengantuk dan selalu dengar. Jadi dengarkan ajela, dan tidor.

bersambung





Post 21

Assalamualaikum.

Haha, got one comment from Myna! (at least ada la sebab untuk aku update post baru ni ha..)

 So back to the title... (title POST 21 je padahal), sebab aku cuma memerlukan satu comment untuk aku uplod cerita misteri di TTS . Okay, let's get started.

Aku akan gunakan penceritaan ibarat novel supaya para readers semua akan terpesona dengan gaya penulisan aku yang macam Tamar Jalis (kenal ke lu orang?) atau pun Ramlee Awang Murshid. Jadi, disebabkan ini merupakan cerita ala novel, kemungkinan besar akan ada lebih dari satu part. So, post yang ini kita panggil Misteri Rumah TTSku:Part 1.

Misteri Rumah Sewaku: Part 1

TTS atau nama panjangnya Taman Tasik Semenyih merupakan kawasan perumahan yang agak pendalaman tak berapa dalam yang terletak di simpang Broga, Semenyih. Kawasan ini lebih kepada perumahan untuk pelajar yang belajar di universiti yang berdekatan yang terpaksa aku namakan sebagai Uni. N (untuk menjaga nama baik kampus tersebut, karang takde pulak kan orang nak belajar kat sana uni yang maha mahal). Jadi kat situ banyak la rumah tinggal, yang dah hijau hijau dinding dek lumut. Ada yang dah jadi zoo mini untuk binatang liar. Aku tengok pun kesian. Rumah cantik tapi takde sapa nak.

BTW, aku dalam cerita ini adalah Dila, merupakan graduasi dari kampus N. Aku terpaksa berpindah ke luar (off campus) setelah setahun duduk free dalam kampus. Aku duduk dulu bilik sorang satu tapi share bilik air, kita panggil kiub. Dalam kiub ada 5 bilik, so orang dalam  kiub ni akan share 2 shower room, 2 toilet. Accomodation hall aku ni nama dia Kapas, nama sedap dan memang best duduk hall ni. Hall ni terletak paling hujung sekali so belakang hall ni cuma ada satu research building dan cuma kelapa sawit.

Takde apa yang misteri dengan hall ni cuma aku dengar cerita yang rakan-rakan selalu cerita pasal terdengar bunyi loceng kaki (ala-ala Indian) pada awal awal pagi, kira-kira jam 3 4 pagi begitu. In fact, aku pernah mendengarnya sebab aku jenis suka gak tidur lambat ketika tu. Bunyinya macam slow and steady... macam menyeret-yeret pun ada jugak. Lu bayangkan floor 1 tu dia macam lorong tau, so bunyi macam bergema gema sikit.So memandangkan yang budak budak Notts (Eh terlepas cakap pulak. Orang kata terlajak perahu boleh undur, terlajak tulis aku malas nak padam). So memandangkan budak-budak Notts sendiri dah macam syaiton, jadi aku takde la nak pikir apa-apa pun. Bila dorang cerita baru terpikir.

So back to the story, after a year.. kita yang senior ni kena la berambus cari rumah sewa kat luar ditambah pula sewa bilik kat Notts memang macam tahi mahal nak mampus. (Satu bilik rm450, elaun dapat rm700, this is crazy). Jadi berpusu-pusu la para para senior mencari rumah. Jadi aku dan Zatul mencari la rumah naik basikal Syikin time tu (romantik sangat kan). Jumpa few houses, so suggestkan kat bakal-bakal housemates. All was rejected tapi Pika came out with a house to rent in TTS5. Rumah yang sangat strategik, sangat dekat dengan bridge yang menghubungkan TTS dengan Notts. Rumah tu macam rumah biasa tapi belakang ada kelapa sawit. So, kira macam tu rumah baris paling hujung.

Jadi, walaupun ia merupakan rumah banglo, tapi bilik ada 3 je.. 1 master bedroom kat atas (so aku kena share dengan 3 kawan yang lain, kalau nak tahu duduk ramai-ramai ni complicated sikit). Kat bawah ada lagi 2 bilik, setiap bilik dishare berdua. So total ada 8 orang yang menginap sama. Rumah tu kalau nak tahu, cantik but sooooo gloomy. Macam takde seri. Dan semua orang sepakat mengatakan yang dapur adalah tempat yang mana kalau lu orang masuk dapur, lu orang akan meremang. Macam ada orang perhatikan. Sama juga di sudut tangga naik ke tingkat 2, kalau lu orang lalu otomatik meremang disertai fefeling diperhatikan. Aku kalau turun bawah melomapt laju-laju. Tapi sebab ramai orang kat rumah, so macam berani la juga nak memasak kat dapur tu ha. Pernah ada kes daging korban Aya hilang entah kemana padahal baru je defroze. Takkan kucing? haa.. itu yang pelik.

Okay biar aku cerita, bilik yang kat tingkat bawah satu terletak di depan, satu lagi terletak di belakang.. berhampiran dengan dapur. Yang bilik kat dapur diduduki Aya dan Bol. Aya dan Bol pernah cerita yang mereka selalu terdengar bunyi orang main lantunkan bola (similar as kalau lu orang main basketball, kena lantunkan bola.) Best part is bunyi lantunan datang dari tingkat atas menghala ke dapur dan berhenti di depan bilik mereka. Seingat aku, Aya pernah menceritakan ternampak bayang bola melantun (so it means that the sound of bouncing ball is true). Perkara ini terjadi beberapa kali. Sejak itu, kami ni rajin la nak mengaji Al-Mulk, sebagai pendinding diri.

Okay, pause for a moment sebab dah senja and aku nak praktis main gitar.

Thursday, December 26, 2013

Post 20

Assalamualaikum pembuka bicara, kepada sahabat saudari semua.

Haa.

Tak banyak nak cerita, just pasal program di channel 106.

Sebelum tu, aku nak tanya. Lu orang tahu tak channel 106 tu channel apa?

Yes. Correct.

Astro Oasis.

Okay, biasanya on Thursday aku ni suka nak tengok 132, Warna sebab ada Abang Jep. Yela,  buah hati berlakon dalam karoot komedia. Sapa taknak tengok an an an?

Begitu juga dengan aku. Aku tertarik macam magnet nak tengok Abang Jep. Tapi dalam sebulan ni, asal aku nak tengok je mesti parents buka channel 106.

Aku pada dasarnya agak membentak la. Terbelenggu antara dua: Ibubapa dan Abang Jep. Aku tahu surga di bawah kaki ibu, dan tidak elok menderhaka ke orang tua, jadi aku merelakan mereka menonton rancangan di saluran tersebut.

Aku berfikir.. rancangan apakah yang berjaya menarik hati mereka? Bukankah Imam Muda sudah berakhir? Atau Siri ke-9 Tanah Kubur? Kalau lu orang tahu, tanah kubur antara rancangan feveret famili aku jugak. Sebab banyak pengajaran kan.

Bukan. Bukan Tanah Kubur. Rupanya Pencetus Ummah.

Aku biarkan mata aku melorot ke kaca tv sebaik sahaja rancangan bermula. Kelihatan Dr. Ridwan Tee sebagai Emcee. Eh, ada Kak Abby la!

Satu jam rancangan berakhir. Sebenarnya mata aku masih lagi bertumpu ke kaca TV.

This is awesome! The TV programme was good!Thumbs up!

The programme indeed is a good one. I almost think it will be similar as Imam Muda. Genre nya adalah sama, tapi berbeza.

Cerita banyak tak guna, apa kata lu orang yang baca cuba tengok sendiri?

Thursday, December 19, 2013

Post 19

Astalabesta bebeh! ops..

Assalamualaikum..

Hai kawan-kawan, pekabar masing-masing? walaupun aku jangkakan takde yang nak tengok pun blog ni. Hahaaa *eh eh hambarnya...*

Pada hari Jumaat yang lalu, aku bersama-sama rakanku yang aku namakan sebagai BolBol, Ayaya dan Zetiti telah berangkat menuju ke Kelantan bagi memenuhi undangan rakan serumah Zetiti yang akan bernikoh, begitu juga dengan abang kepada pakwenya si Ayaya.

Kami bergerak pada jam 3 dengan menaiki keretanya si BolBol yang baru dibeli beliau beberapa bulan lepas. Gembira sungguh kami, bercanda dan bermesra macam esok tak jumpa lagi. Perjalanan 9 jam macam 9 minit (bohong) dek kerana kepala otak kami yang memang masuk dengan satu sama lain.

Sampai disana kami menduduki rumah Ayaya manakala BolBol menduduki rumah beliau sendiri. Atas sebab kekangan masa, kami memutuskan untuk tidak pergi ke rumah kawannya Zetiti dan hanya memenuhi satu undangan mejlis perkahwinan abang Akim (bakal abang ipar Ayaya). Yela beb, satu hari setengah je pun duduk Kelantan. Tak sempat... Dengan aku yang nak membeli sabun beras dan tas tangan.. memang tak sempat. (Akhirnya berjaya juga aku beli tas tangan yang harga RM30, okay better than nothing what..)

Ektuali yang aku beria-ria tulis karangan ni dah kenapa? Apahal? Apa sebab?

*Ketawa*

Biasa la duduk Kelantan, the best thing was good food I had. Ok you all, kat sana aku telah berjaya meng'try'kan diri aku dengan makanan baru yang Aya bawak. Let's cekidaut..

1)Teh madu di Warung Pak Mat
Kalau lu orang nak tahu, warung ni agak terkenal di kalangan retis kita. Banyak dah yang melepakkan diri di sini seperti Lisa Surirumah Tangga dan jugak Fizo Omar. Sebenarnya ada banyak, aku je yang malas nak cari. Kat situ aku makan nasi lauk ikan kakap masak lemak dan teh madu panas. Both sedap, I like the food sebab ikan kakap kot. Kalau bagi ikan tongkol takde la aku beria sangat nak makan sambil menjilat jari. And about the tea, at first I thought the tea will be so sweet. Yela, ore Kelate kan suka hok manis manis. But I was wrong, the tea is so thick yet the sweetness is just nice. Nasib baik migrain aku dah elok lepas makan Alfafa Shaklee so I have no problem to have caffeinated drink.

2)Kopitiam Kita
Yang ni kitorang pergi waktu nak berambus dari Kelate. Seperti Warung Pok Mat, Kopitiam Kita juga merupakan warung kopitiam yang femes di kalangan retis malaysia. Malaysia je ok, international retis belum lagi. Namakan saja artis terkenal, most of them have been here including me. Haha. So I ordered roti titap dan pulled tea (read:teh tarik). Roti titap tu adalah roti tebal toasted with butter and serve with half boiled egg on top and kaya jam. Jadi nak makan roti tak guna ni adalah dengan memecahkan telur tu dan lu orang sapu sikit dengan kaya. Sebenarnya buat sendiri pun boleh sebab takde pun susah. Lu orang toast roti gardenia dengan butter, then letak half boiled egg dengan kaya jenama nyonya tu. Mungkin yang membezakan roti titap kita dan roti titap kopitian kita adalah home made kaya and bread yang dorang buat sendiri kot.

Aku tried dua tempat je selain rumah kawin abang Akim tu. Sorry lu orang pasal aku tak letak gambar. Aku kan pemalas.. Lepas tu kitorang blah dari situ dengan niat nak pergi Cameron Highland. Kalau lu orang nak tahu, aku ni memang menyedihkan pasal tak pernah jejak kaki lagi kat kawasan tanah tinggi tersebut. Yela, dulu mana ada duit.. Sekarang bila ada duit sibuk la plop.

Tapi kitorang tak jadi pergi Cameron sebab hujan yang maha lebat di samping waktu yang agak lewat. Time tu pukul 9pm baru jejak Ipoh. So lu orang bayangkanlah pukul berapa pulak kitorang sampai CH? Maka kami decided to go to rumah Zetiti instead of CH. Alang alang dah kat Ipoh tu si BolBol nak la jumpa abang dia yang memang dah duduk Ipoh sambil makan makan supper kata beliau. So, we met with her brother, siap bawak few bachelors together. Konon konon nak meet and match gitu. Sayangnya takde yang aku minat. Lagi pulak aku bukan lawo mana nak main match match ni. #gitu.

Dan kuang ajornya mereka ni adalah dengan menselitkan cerita cerita hantu. Mahu je aku baling dengan mangkuk sup yang aku makan. Nasib baik aku tabah. Sebab kami akan melalui jalan femes yang memang selalu orang jumpa hantu. Tapi sebelum jumpa abang BolBol lagi kitorang dah tercerita pasal hal hal hantu ni. Cerita dari Ayaya pasal hantu kat SESTER dan Zetiti pasal hal hantu kat sekolah dia sampai la cerita hantu kat rumah Semenyih. Terbongkar la satu satu hal menyeramkan yang kami lalui di rumah Semenyih TTS5 dan TTS6. Sapa nak dengar sila angkat tangan dan komen!

Nasib baik perjalanan malam itu berlalu dengan jayanya. Maksud aku takde la pun jumpa yang entah-entah. Aku pun taknak jumpa, sebab bukannya kuat benar semangat ambo ni haa. Kami takat bermalam di situ dan bergerak pada esok petangnya. Sempat juga kami menyinggah di satu kedai Western yang agak femes di Tanjung Malim iaitu Easy Cafe.

3)Western restaurant Easy Cafe
Kat sini aku order Caramel Milk and Seafood spagetti with carbonara sauce. Oklah but I kept thinking that we can do alot better. Aku rasa Caramel Milk tu lu orang boleh buat caramel dan campurkan dengan fresh milk. Aku rasa macam tu je. Spagetti tu pulak kau buat la sos carbonara dan letak seafood banyak banyak ikut perut lu orang. Pastu tabur cheese on top of the spagetti. Siapa yang reti masak tu buatlah sendiri takyah beli beli. Kalau buat sendiri lebih puas hati. Haaa

Itu jela yang aku nak cerita. Siapa nak tahu pasal kisah kat Semenyih angkat tangan! Myna ohh Myna.. Kau je yang baca. Haha




Saturday, October 26, 2013

AssalamualaikuM.

Hai korang, whassup?

Haha. Sebab aku tak ingat yang ni post ke berapa, jadi aku leave the post title blank. Ecece.

So guys, today I was officially resigned from my current work. Should I write "Yippi!" or "Yippi?"

Because I have such a mix feeling now. The mixed feeling of happy and sad. At first, I was not really care of resigning this work,hmm it was like who care if quit from this job, I indeed need a new job that can offer me higher salary. Right?

Eh tiba tiba pulak dah speaking English. Macam merapu pun ado jugak.

But, the working colleagues that I met were awesome! They were good to me.., except for few (Jusco staff macam poyo je tengok aku macam bodoh sangat jual kredit kad. Pigidahh)

Okay, let me introduce them one by one together with their character:

1)Kakak Aisha
-Mamak lady (Indian used to call them tulkachi for women while tulkan for men). A single woman with two cute daughters. Entah kenapa, orang suka sangat mengadu nasib dengan dia termasuklah aku. Muka ada macam kaunselor kot? She is 36, so I like to talk to her cause she always give mature opinions. Yelah, da berumur takkan nak bagi opinion macam budak budak pulak kan? She is now looking for a new job and struggling  to treat  her panda eyes. She loves to laugh, just like me.

2)Shaleeny aka Shalu syaiton
-An Indian girl aged 21 years old. Member ni perangai macam syaiton (gurau..) and so childish. Baru je broke off with her bf and now searching for a new one. Budak ni suka sangat la mengadu kat kak Aisha, yela kak Aisha kan muka macam kaunselor. I am not really listening to her story. Haha. Kadang kadang je kalau aku nak dengar. Bad habit of this girl is she likes to interrupt of other's people conversation. Kira asal kita tengah dok sedap story mory, dia menyampuk dengan dia punya story pulak. Kacau daun betul. But she is generous, banyak kali dah belanja aku jcocinno. Toce!

3)Salihin
Budak laki umor 21 years old. Tall, and sweet. Bahayanya budak ni adalah ayat manis beliau. Punyalah la manis sampai gula punya manis pun kalah. Suka sangat nak touching here and there. Suka sangat tulis nama aku kat kertas. Asal ada kertas kosong, ada la nama aku dengan tulisan dia tu haa. I asked why, and he said my name is just too nice that made him keep writing my name. Ecece.. Bagusnya budak ni sebab rajin cari duit. Siang malam kerja. Dah ada motorcyle and car. And now applying for house. Look? Even he is not highly educated, he can still get his own property. Aku ni haa? Baru ada motor sebijik.

4)Natasha
Dia ni macam bad character in this post. Haha. Dulu aku punyalah tak suka dia sebab kalau bercerita nak up je. Macam la aku ni takde benda nak dibanggakan. Puih. Aku biasanya avoid to talk to her sebab kalau dia bercakap memang takkan berenti. Salihin and Shalu always called her piglet, sebab dia dulu selalu amik customer kitorang. Salihin pun rajin gak mengajuk Kak Natasha ni sebab dia ni macam sengau sikit, lidah pendek probably? She is 28, but has not yet get married nor having bf.

5)Mimi
Ex schoolmate masa sekolah rendah. Tapi dia cakap dia sama sekolah dengan aku masa sekolah menengah? Asal tak pernah nampak? Pretty girl but too bad she is pengkid. I liked her sebab minah ni rajin buat aku ketawa. Dah la aku suka ketawa kan. Hari-hari aku ketawa tak sudah.. Dia ni kalau jadi lelaki hensem woo. Dada pun dah takda bukit sebab pakai bengkung. Gila la. She reminds me of my friend named Faz.

Dah tu je. And me as the main character felt so grateful to work there. At least I experienced the feeling of working as sales agent. To be frank, mingling around with them giving me good moments compared to mingle around with my others friends (guys, please dont be offended). In fact, we should not rate people based on their education level, but it shall be rated with their level of attitude.

Monday, September 16, 2013

Post 14

As my mom said " benda baik selalu datang lambat". I'm felt the tension is being loosed abit when my parents say that. Glad to have such a supporting family, and cool working colleague too!

Thursday, September 5, 2013

Post 13

Assalamualaikum.

Aku nak tolak tepi rasa sedih yang bersarang di hati ditambah dengan segala masalah yang melanda aku belakangan ni. Buat apa cerita sini, malas nak minta simpati.

Lagi pula, aku yakin Tuhan ada better plan untuk aku. Haaaa. (Amin).

Aku takda benda nak cerita sebenarnya.

Segalanya dull, semuanya aku cuba harungi dengan tabah dan tak berkira (cehwah, kau apasal Dila..)

Nak nangis pun tak tahu nak pinjam bahu siapa. Tapi aku ada Allah.  Bila duduk atas sejadah. Tak sempat nak angkat tangan berdoa, bercucuran airmataku mengaliaq.

Jadi, aku nekad. Aku akan berusaha keras dan jadikan semuanya pembakor semangat. Ececeh.

p/s: Kalau lu orang  dapat kerja bagus bagus ke, elok la kalau jangan dihebah hebah ke laman sosial. Aku tahu lu orang excited nak share yang lu orang sekarang dapat kerja baru, gaji baru dan workload yang menarik untuk dihebahkan. Tapi kesian kawan lu orang, sedikit sebanyak mengundang cemburu di hati mereka yang masih tak dapat kerja. Kesian bukan?







Tuesday, August 20, 2013

Post 12

No matter what, I cant even stop my tears from rolling down. I am so useless. Despite I faced with hardship these few days, I believe Lord has better plan for me.

Amin.

-Hiatus-

Saturday, August 17, 2013

Post 11

ASSALAMUALAIKUM

Ingat tak kemarin aku ada posted entry pasai kisah pengalaman seram?

Haha. Kemain aku tanya, bukan ada orang yang baca pun. Paling paling aku je yang bukak blog ni.

Kalau lu orang nak tahu, dah 3 hari aku tidur dengan adik lelaki aku kat ruang tamu. Aisey.

This is all because of the ghost stories I read few days back.

Dah la ahkak aku dah balik, jadi aku tidur sorang sorang. Mula mula aku berani la, tapi lepas dah landing atas katil, terus baldness aku drop. Jatuh terus.

Sebab aku asyik teringat satu kisah ni. Gila betul la. Menyesal aku baca.

Dikisahkan ada satu hari ni, sorang nenek ni kena admit masuk hospital. Mula mula nenek tu kata kat anak dia yang dia taknak duduk hospital, baik duduk rumah. Tapi anak dia buat tak layan je, nak bagi mak sihat kenalah hantar hospital.

Siang siang okay la, bukan ada masalah pun. Tapi bila dah nak malam, nenek tu suruh la sapa sapa temankan dia tidur. Dah la katil lain semua kosong. So kira dia ni will be all alone la that night. Puas la dia pujuk anak anak dia join tidur sekali, anak anakdia pulak puas la bagi alasan takmo temankan mak dorang. Kerja la bla bla bla. Derhaka betul. haha

Jadi nak tak nak, nenek tu pun terpaksa la tidur sensorang. Dia pejam je mata, tak tidur lena pun. Mungkin sibuk menyumpah anak yang takmo temankan dia kot. Masa dia pejam mata tu, dia dengar macam bunyi orang ketuk tingkap,una kuku.

Dedebor rasa ketika itu tapi dia buat buat rilek. Pastu dia rasa macam gatal gatal kat muka,  macam ada rambut cucuk cucuk muka. Dia pun keruk keruk la muka yang gatal tu. Tapi rasa rambut mencucuk muka masih ada. Tak tahan gatal punya pasal, dia buka la mata.

Pop! Lu orang tahu apa benda? Rambut cik Pon yang cucuk cucuk muka dia. Jarak dorang ni lebih kurang sejengkal je. Punyalah dekat. Dah la benda tu pandang baik punya, siap sengih lagi.

Apalagi, orang tua tu pon baca la doa cina dia tu, amitofa amitofa. Benda tu pun ikut baca sekali sambil sengih. Mengigil gigil orang tua tu dibuatnya. Last last esok, dia cakap dia nak discharge jugak, lantaklah nak mati pun mati kat rumah.

haaa, ada lagi satu cerita yang pada rasa aku seram,kalau lu orang pandai membayangkannya.

Post 10

Haa, ASSALAMUALAIKUM.

Kalau lu orang nak tahu, aku ni jenis yang DULL. Kalau bahasa melayunya PUDAR. Sebabnya memang baik dari baju ke apa ke aku akan pakai kaler yang dull dull je. Kawan kawan aku banyak dah nasihat aku ubah penampilan (keluh).

Jadi sampai la ke blog pun dull. Tadi punyalah dull, sampai aku tengok pun takde selera, urat kentut aku boleh tersimpul jadinya.

Maka, aku bubuh la sikit bunga bunga kat belakang tu, walaupun bunga tu tak melambangkan aku langsung.

Dila dengan bunga? No.

Dila dengan ultraman? Yes.

Tapi macam dull lagilah.

Ah, lantak. Usaha macam ni pun dah makan banyak masa. Dah la aku sibuk, orang berkerjaya la katakan.

Babai.

Post 9

Lu orang buat apa raya raya ni? Masih adakah yang pergi beraya? Aku syak, masih ada. Baru raya ke sembilan. Ahah.

Raya-raya ni, sebab quota interent aku pun dah habis. Cepat benor habisnya, umpama  kilat. Padahal sebarang bideo pun bukan aku tonton. Entah entah ada yang tengok running man masa aku tengah tidur kot...gumamku dalam hati.

Sebab internet gila bapak slow umpama siput, jadi aku cuma boleh view dokumen je la kat internet. Jadi aku pun godeh godeh la benda yang aku boleh baca. Yang gosip gosip ni bukan level aku, memang tak kuasa I nak baca. Bukan ada kaitan dengan aku.

Sebab aku ni peminat tegar cerita seram, jadi aku pon taip la pengalaman seram. Berhari hari jugak aku spent masa reading, kalau aku buat benda yang sama masa aku kat unibersiti dulu, dah 1st class aku syak. Haaa

Bila dah taip kat google search tu, berbagai la link yang keluar. Kau pilih je mana satu yang kau nak. Aku ni pulak punya perangai, suka baca kisah yang betul betul seram. Konon nak uji keberanian la konon (puihh). Ada kisah tu yang aku baca pasal satu rumah berhantu kat seremban dua, yang tu seram.. Siapa kalau nak baca boleh je taip rumah berhantu seremban 2.

Dah adat, asal dah setel baca satu kisah mesti kita nak baca lagi. Jadi klik punya klik punya klik, aku tersangkut kat cerita Pengalaman Mistik Ilahkhatibrani. Kalau lu orang nak tahu, Madam Ilah ni banyak la pengalaman beliau tengok entiti yang kita tak bisa nampak. Kiranya beliau ni ada six sense la ataupun mata ke tiga. Lu orang boleh cari kat Forum CariGold, walau cerita beliau simple tapi details entiti yang dia nampak tu detail betul. Sampai terbayang aku dibuatnya.Satu family kak Ilah ni ada ilmu ubat tradisional termasuk lah laki beliau.

Tapi lepas tu dia dah tak tulis dah pengalaman beliau, nak bersara katanya. Jadi lepas dah siap baca beliau punya, I want more. Jadi aku klik punya klik punya klik link tu (cerita yang aku rasa tak best, aku terus klik tengok cerita lain). Last last aku stop kat cerita Cik_es, panggilan telefon misteri. Ada dua part, part 1 and part 2. Amboi kemain baca, macam novel jalan ceritanya. Tapi beliau cakap semua yang dia cerita ni benar semuanya cuma diolah penceritaan ke arah novel.

Sama macam Ilah, Cik_es ni pun tak tulis lagi cerita dia, dah la tak habis pulak tu. Rupanya dia ni kena smashed dengan forumer yang lain. Sebabnya dia ni reka cerita. Aku masa tahu tu, aku rasa benda ni semua bukan masalah. In fact, she has the talent to be a good novelist. Tapinya benda jadi heboh sebab dia ni sebenarnya ada split personality, tak boleh nak bezakan fatansi and realiti.

Aku rasa ni bukan penyakit split personality, tapi more to hallucination or schizophrenia. Split personality tu kecelaruan identity.  Schizophrenia lak penyakit yang kat benda tak wujud tu wujud. Kalau orang tengok orang akan cakap penghidap schizophrenia ni gila. Yelah, dah dia bermacam sensorang. haaa

Cerita asal cik_es ni heboh di kalangan forumer, sebab beliau ni sanggup buat akaun untuk watak watak dia. Lu orang kalau nak tahu pergi la godek sendiri. Last sekali aku dengar beliau sekarang tengah buat rawatan psychiatric.

dah babai, nak berak.

Monday, August 12, 2013

Post 8

Perlahan aku merangkak ke arah laptop kepunyaan abangku. Ku buka tab google dan menaip blogspot secepat mungkin, selaju cahaya jari mungilku menaip. Tidak pula aku kecewa melihat cuma aku saja yang mengview blog aku. Pergi jahanam... lagi bagus. Nak mengutuk orang pun sonang..

Ku jengah ke depan ruang tamu, balang kuih masih di atas meja. Mood raya masih ada walaupun sekarang aku agak kurang merasakannya. Apakah? Apakah? Adakah ini petanda zaman kanak kanak riangku sudah berakhir? Aku menarik rambutku tanda tidak percaya. Berkerut juga dahi aku dibuatnya. Tapi, aku harus menerima kenyataann, aku sudah dewasa... 

Apasal kau Dila.. emo.

Cakap pasal raya ni kan, beza betul aku rasa raya masa aku kicik kicik dengan raya aku dah dewasa ni. Dah la semalam ada budak datang beraya pukul seploh malam. Gila betul, lagi lama dorang cari duit. Ni semua jenis mata duitan agaknya. Sebab kitorang malas nak layan, dah pukul seploh kot.. orang nak berehat sambil tengok warna. Jadi adik aku pun slow talk dari tingkap:

Budak-budak: Assalamualaikum3x.... kami datang nak raya

Pejal: Dah malam dah dik, datang esok jela.

Budak-budak: Ala, kejap je bang. Tak makan kuih raya pun, dapat duit pun dah kira okay dah.

Pejal:Eh? Takde2x, datang esok jela.

Budak-budak: Ala..

Nampak? budak zaman sekarang mata duitan betul. 

Dulu masa aku kicik kicik, raya adalah kebahagiaan. Kebahagian adalah kegumbiraan dimana semua itu datang dari duit raya. Bukan main, dulu salam mak bapak pak sedara seua bukan niat nak minta maaf sangat pun.. Lebih kepada nak duit raya. Itu jam kalau dapat angpau singgit pun dah bersyukur, kira kaya tu beb!

Biasa dulu duit raya aku kutip hasil dari jenjalan ke rumah rumah orang, baik dikenali atau tak dikenali. Kalau rumah tu takbagi duit raya, terus blacklist. Kiranya kalau raya tahun depan memang jangan harap kitorang datang lagi. Jangan lu orang tak tahu, budak kicik ni jenis simpan dendam. Muka comel janngna ingat tak berdendam.

Lepas tu jalan kaki punyalah jauh. Dulu paling jauh aku pernah jalan dari rumah aku pergi Bukit Katil lepas tu patah balik pergi Perigi Hang Tuah. Pergi pukul 9, balik pukul 6. Dah macam koje opis dah gamaknya. Balik pukul 6 dari Perigi Hang Tuah tu kena lalu kubur cina. Sepanjang perjalanan tu memang penuh kubur Cina. Nasib baik tak jumpa langsuir. Tempat tu boleh tahan keras juga. Maklum la, jalan tar.

Eh, Pandai pulak aku melawak..

Last last balik, sampai pukul 3 pagi adik aku yang itu jam baru sebulan umo beliau menangis tak henti. Dulu comel, sekarang muka macam mintak penampar. Eheh. Setelah di soal siasast, tahulah ayah kitrang yang kitorang penyebab adik menangis. Biasa la beb, budak kicik ni hantu suka sikit nak kacau. Akhirnya, berbirat belakang badan sorang sorang kena lepok. Bapak aku kalau lu orang nak tahu, beliau punya tapak tangan kalau kena kat kulit, macam nak tersiat rasanya. 

Lepas tu kami pun insaf. Tak lalu kawasan macam tu petang petang.



Thursday, June 27, 2013

Post 6

Sebelum start, eloklah kiranya hamba memberi salam dulu, ye tak?

ASSALAMUALAIKUM.

Untuk post kali ni, aku takda la nak cerita banyak. Cerita pasal aku melancong ke sana ke mari pun aku simpan kemas dalam poket.

Pasal apa? Pasal aku nak kekalkan identiti low profile aku. Lagi pulak orang yang ikut sama melancong dah sibuk post dalam fesbuk.

Jadi aku malas untuk menyibuk sama. Baik aku goreng fries, gaul dengan garam makan depan tkbi. Tkbi? Tibi la, tibi... Sialan, boleh typo pulak.
Sebenarnya aku lebih nak borak pasal result aku. Kalau lu orang nak tahu, aku baru lepas habis bachelor degree.

Sekarang ni aku tak bersyukur dengan result aku. Apahal kau Dila, kena panah petir baru kau insaf.

Aku beristigfar panjang, gila tak sedar di untung. Apa yang Allah bagi tu dah terbaik bukan? Selaras dengan usaha.

Aku berdoa dapat kerja molep, boleh beli jajan.

Pada yang dapat kerja tu, sila la jangan komplen itu dan ini. Tak habis borak straight aku baling pinggan. Padan muka.


Wednesday, June 5, 2013

Post 5



Novel thriller vs novel cinta?

Hai! Hola holi ku beri nama saudara saudari cikibum cikibum!

Damn. Greeting macam mintak penampar.

Okay, takyah mukadimah beria-ria, aku cuma nak cerita pasal novel. Ya, tentang novel.

Lu orang tahu apa tu novel? Novel ialah cerita yang dibuat dibuat oleh sang penulis mengunakan samada imaginasi atau pengalaman sebenar penulis. Kalau lu orang nak tahu, kat obersi, seorang penulis novel mampu menjadi jutawan yang kaya raya hanya dengan satu siri novel. Contoh terbaik adalah novel Harry Potter. Kat Mesia jangan harap la beb, orang Mesia semua malas membaca terutamanya golongan remaja. Tahu main candy crush je koje nye.

Tapi itu dulu. Sekarang dengan adanya baucar rm250 yang diberi kerajaan, ramai remaja telah berbuat khianat. Baucar buku yang diberi untuk membeli buku ilmiah telah digunakan untuk membeli buku novel ataupun hardisk ataupun gadjet gadjet komputer.

Lu orang kalau nak tahu, budak remaja ni dia ada perasaan rebel. Kalau kerajaan suruh beli buku belajar, student akan beli benda lain nak tunjuk rebel. Aku syak baucar baucar ni diberi untuk menarik perhatian student student unibersiti untuk mengundi kerajaan.

Dan aku adalah salah sorang yang berbuat khianat. Semua 250 baucar buku yang aku dapat aku beli semua buku kecuali buku ilmiah. Nafsu aku memang takda kat buku buku ilmiah ni (gelak sinis).

Dan semuanya aku beli novel karangan Ramle Awang Murshid. Feveret novelis aku.

Selain buku ilmiah, novel cinta pun tak mampu nak menaikan nafsu aku untuk membeli mereka. Aku tetap setia pada novel thriller dan fantasi.

Bukan apa, bagi aku novel novel cinta lebih digemari budak budak sekolah baru puberty. Yang tak sudah sudah berangan.

Novel cinta ni takyah beli pun dah tahu flow dia macam mana. Mesti kena tangkap basah, lepas tu kena kahwin. Mula mula tak suka, lepas tu lama lama jatuh cinta. Lame betul. Kalau nak rare sikit adalah yang cipta watak heroin tu perempuan tomboy. Watak laki mesti hensem, kacukan, kaya raya. Yang perempuan pulak mesti cantik secara semula jadi, lembut hati, anak kampung tak macam watak pengacau yang bermekap tebal dan seksi. Lepas tu mesti la ada watak pengacau, yang tak puas hati hero heroin bahagia. Lepas tu buat rancangan nak hancurkan rumah tangga. Tak kurang juga biasanya mak mertua ke pak mertua ke tak suka menantu perempuan. Biasanya watak perempuan la selalu menghadapi dugaan maha hebat, air mata tiap tiap hari akan bercucuran gittew.

Nama pulak mestilah glameres. Biasanya kena lebih dari tiga nama. Contoh, Adam Haikal Mukriz, Qistina Balqis Atrisyah dan pelbagai lagi yang tak perlu nak tulis, korang lagi tahu. Buang masa tahu tak nak baca nama yang meleret leret terbelit air liur?

Be hipster la writer. Buat la heroin kaya nama Semah yang tak lawa tapi berbudi bahasa. Semah pulak jatuh hati pada Jonet, jejaka buta. Kau twist twist la cerita sikit. Rupanya Semah ni dulu lawa tapi lepas penyakit kurap terus tak lawa ke. Jonet pulak rupanya dia makhluk dari angkasa ke.

Because of that..

Aku lebih sukakan novel thriller karangan Ramlee Awang Murshid sebab dia mendebarkan, selalunya tekaan aku mesti silap. Jalan cerita buat aku nak kentut pun tak sanggup, nanti terganggu bacaan.  Kalau aku teka A, ending dia mesti B. Nama watak pun takde la mengada ngada sangat. Simple, Saifudin, Hani, Zonan, Dino. Lagipun memang aku suka horror stuff, baik novel or movie.





Friday, May 31, 2013

Post 4

Semalam masa aku balik dari Kelantan ke Melaka, aku ada la duduk sebelah wanita berpurdah. Aku gelarkan wanita tersebut sebagai 'akak'

Sebenarnya sebelum aku duduk sebelah akak tu, aku duduk sebelah budak kecik nama Aizat.Comel dan pemalu. Perangai serupa aku. Ada la aku hulur gula gula sebijik bagi kat budak tu, malu malu je beliau amik. Jangan malu malu sekarang je tau adik, jangan dah besar kau tak tahu malu plop. haa

Aku malas nak cerita panjang panjang. Tiba tiba aku dah duduk sebelah akak tu.

Sambung balik dialog aku dengan wanita yang aku panggil akak.

Dari pukul 8 sampai pukul 11 aku borak dengan akak tu. Takda apa pasal aku, semuanya pasal beliau. Kira aku pendengar la, dia pencerita.

Akak ni dah kahwin, 4 tahun kahwin tapi belum dapat rejki anak lagi. Dia orang Bachok, laki dia orang Besut. Sekarang dorang menetap di Pahang.

Adapun dia balik ke Kelantan untuk menjenguk orang tua beliau. Kaki kena bata.

Lepas tu dia kata dia pergi jenguk ex dia. Aku takda la cakap apa apa, aku cuma mendengar.
Ex dia ni belum kahwin lagi sebab kira macam akak ni forever love dia la kot.

Agak pelik sebabnya akak ni kata laki tu pegang pinggang dia. Dia kata ada alas. Well, aku tak cakap apa apa. Sebab ugama aku pun takda la tinggi mana.

Akak ni pun cakap dia selalu mesej laki ni. Laki ni panggil dia sayang.

Sayang??

Aku cuma mendengar sambil terlelap tak sedar diri.

Trip ke Kelantan ni berjaya menambahkan sekilo lemak bersama beberapa batang keropok gotey untuk dibawa balik ke Melaka.

Well done Dil !


Thursday, May 30, 2013

post 3

Saat ni, ketika jari runcingku menyentuh huruf huruf,keadaan begitu sunyi sekali
Hanya kedengaran bunyi kipas level 5.

Sesekali burung pun berkicau, seakan ingin mengejutkan penghuni yang menumpang di bilik ini. Aku wonder, binatang binatang ni cakap bahasa kelantan versi binatang juga ke?

"Ayam: ambo denga ada ore lua kelik mari.
Kucing: sapo sapo? Hok tigo ore yg dok rumah cik mawar tu ko?"

Begitu barangkali haiwan berbicara.

Tolak tepi hal binatang, aku sedang lapar. Perlahan aku usap perutku, seakan seorang ibu yang bakal menyambut kelahiran bayi baru.

Ini adalah gila, sepanjang masa lapar adalah perkara gila yang mengemukkan!

Aku cuba mengimbas kembali, bukankah semalam aku menikmati bbq di rumah rakanku?

Aku menelan air liur. Badan ada jin ke apa lapar sokmo ni?

Mungkin kot lapar, semala  punya bbq aku cuma baham 4 ketul ayam, kepak dan peha semuanya.

Tiada riak kesal di wajah aku. Gi mapuh la sama gemok. Balik nanti aku diet, kalau boleh.


Wednesday, May 29, 2013

post 2

Apa khabar para penonton....kakak kakak ibu ibu semuanya....
(Who know the song will definitely will auto-sing in dangdut way) haha

Siapa nak tahu?

Sekarang ambo lagi di klatey, samo saing ambo.
Jaley jaley
Berhibur

Sebab dah habis kan degree kan.


So i spent some days for me before get to work.
Cakap pasal kerja ni, aku ada la isi 7 8 kerja, takda satu pun bagi respon.
Ini betul mengundang kemarahan. Haha
By July, kena kerja. Dengan nak beli susu anak lagi, jajan isi perut lagi.

Sebelum tu, enjoy dulu jenjalan korea plop lepas ni !

*tak ghairah langsung menaip guna tablet*

Friday, May 24, 2013

Selamat Kembali?

It has been err aku syak mungkin dua atau tiga tahun? Gila bapak lama juga dah aku delete blog dulu tu. Aku dah bagitahu ke belum aku dah habis belajar? Ha ha, Ya aku dah habis belajar. Masa free yang ada mungkin aku buang menaip post untuk blog. Untuk kepuasan diri.