Saturday, April 12, 2014

Post 34

Arakian pada hari Sabtu yang lepas, hamba sempat menemani kakak hamba dan kawan-kawan beliau menuju ke satu kawasan pendalaman yang terkenal dengan mee bandung dan kepek-kepek yang eloklah kiranya hamba namakan sebagai Muar sahaja.

Perjalanan kami bermula pada jam 12 tengahari menaiki sebuah kereta yang disewa khas. Okay, hamba tipu. Naik kereta Myvi Kak Khalisah. Tak banyak yang dibualkan, cuma sekadar-sekadar kemudian senyap. Sekadar-kadar kemudian senyap.

Perjalanan kami memakan masa sepurnama lamanya. Ok, hamba tipu lagi. Haaa, 2 jam setengah ditolak masa kakak hamba tencin.

Skip Skip Skip

Sampai disana, kami disambut baik oleh Nadiah, adik kepada pengantin. Terkejut hamba melihat Nadiah, perangai serupa seperti dahulu cuma beliau semakin ramping dimana ini telah menimbulkan api cemburu di benak hati hamba. Lepas ini hamba nekad untuk kurus! Jaga jagalah tuan hamba semua.

Makanan yang disediakan tidak kurang sedapnya, hamba tanpa segan silu dan ibarat dubuk lapar, hamba apa lagi makan macam patploh tahun tak makan. Sedang hamba gelojoh menyantap daging yang liat tak liat itu, tanpa hamba sedari daging yang hamba kunyah terpelanting ke baju tetamu yang turut makan di sebelah hamba.

Hamba nampak ada api amarah di mata makcik itu. Cepat cepat hamba cakap sorry, dan cepat cepat hamba kutip cebisan daging itu dengan menguis guis baju makcik tersebut dan hamba berharap makcik itu tidak lagi memarahi hamba.

Hamba silap.

Keadaan menjadi awkward dan kami makan tanpa memandang ke wajah masing masing. Hamba masih lagi merasa aura negatif dari makcik itu.

Maafkan hamba makcik.


Sunday, April 6, 2014

Post 33:Serabut

Woi!

Bila banyak kerja ni mulalah aku rasa nak sergah semorang. Semut lalu pun aku rasa nak sergah.

Woi! *sergah semut*

Tapi rilek je semut yang aku sergah pandang aku, gerak gerak sikit sesungutnya sebelum kembali bergerak di hadapan mata aku.

"Why SO Serius?", kata semut kepadaku. Eh?

Sebenarnya aku banyak kerja macam haram sekarang ni. Aku apalagi, bila dah banyak kerja macam ni malas aku pun makin bertambah. Dia punya malas nak buat kerja tu, satu huruf aku baca dari journal pun dah buat aku muntah. Punyalah malas. Kendian bila dah tak tahu nak buat apa, aku pun buat keputusan untuk tak buat apa-apa. Haa gittew

Tapi buat keputusan tu kira aku dah buat sesuatu ye tak? Good job,Dila *tepuk bahu sendiri*

Ok, ektuali aku saja je cari alasan untuk malas baca journal. Kah!

So berbalik pada hidup aku, takda menda jadi sebenarnya kecuali aku dah received offer letter untuk jadi student. Ok juga dari aku duduk ketip cagu kat kaki ni, eloklah aku sambung belajar. Duit pun dapat, ilmu pun dapat.

Tapi walaubagaimanapun, pengawai yang incharge pendaftaran aku macam haram. Eii nak je aku starlait dahi dia tiga das. Benci betul aku orang service macam tahi ni. Nasib baik dia pakcik, kalau tak depan muka dia aku flip meja biar bucu meja kena dengan dahi beliau. Haa begitu sekali dendam kesumat aku kat Pa Pa Pa Pa Pacit. Aku kalau dah marah memang aku panggil pacit tu cenggitu. *gelak*

Post pasal Piah Jongang tu biar jela, aku tak berniat nak sambung pun. kbai.

Sunday, March 23, 2014

Post 32: Piah Jonggang

Piah Jongang termengah-mengah. Mimpi yang dialaminya tadi sangat menakutkan. Dalam mimpi berdurasi 30 minit itu, dia telah dipaksa berkahwin dengan Leman Hapak. Dia hampir menangis. Gila nak kawin dengan Leman Hapak? Lelaki duda bertatu naga di bahagian belakang badan yang harus dinikohi?

"Ah, tak mungkin. Mimpi ini mesti dari syaiton nirrajim"; Piah Jongang menyedapkan hatinya yang berdebar.

Bukan apa, kalau bertatu macam Abam Jebat lakonan Sharnaaz Ahmad dalam drama Bukan Kerna Aku Tak Cinta takpelah jugak. Piah Jonggang sanggup menjadi Mastura nya. Tapi ini Leman. Sudah la bertatu naga, kaki banyak cagu pula. Itu belum lagi ungkit pasal Bau ketiak Leman Hapak yang maha busuk; pernah ada kes sekor lembu bunting 9 bulan rebah jatuh kebumi gara-gara tercium bau ketiak Leman Hapak semasa menikmati rumput di pinggir bukit berdekatan Sekolah Rendah Agama disitu. Tapi untung juga kerana penduduk kampung dapat menikmati daging lembu free.. walaupun masih terbau lagi kehapakkan. Pasal itulah penduduk kampung memanggilnya Leman Hapak biarpun nama sebenar beliau Adam Daniel Raqqal bin Adam Hawani.

Peluh jantan dan betina masih lagi mengalir begitu deras daripada dahi Piah Jonggang. Dikalih mata ke arah kakaknya yang berdengkur macam tak pernah tidur. Sesekali terlihat senyuman terukir di bibir kakak yang boleh saja dipanggil Tipah Jongang. Tidak pernah lagi dalam keluarga Piah Jonggang yang tidak mempunyai gigi yang jonggang, semuanya mancung belaka.

"Si Tipah ni boleh pula tersenyum. Mimpi Jep Sepah la tu..", menjuih mulut Piah Jonggan merungut tidak puas hati kerana dia merasakan akaknya bermimpi yang indah.

Piah Jonggang mengeluh, masih adakah lelaki yang mahukan dia yang bergigi mancung ini? Dia tidak mahu mimpi menikahi Leman Hapak menjadi nyata!

-bersambung-




Monday, March 17, 2014

Post 31: Review

Hatta pada Rabu lepas aku sempat membeli 2 buah novel. Sesuai dengan diri aku yang pakai baju corak tengkorak, muka ala gengster walaupun hati nurani aku bersih dan polos, jadi yang aku beli cumalah 2 novel horor katanya. Eceh.

Ectuali tadi aku tertekan backspace. Jadi aku malas pulak nak taip balik benda yang dah terpadam. Buat apa nak kecoh-kecoh taip balik ayat kau tengah bangga diri, ye dak?

So, kemarin (Rabu) lepas macam aku cakap tadi, aku sempat beli 2 buah novel. Gerak pun mestilah lepas perut da kenyang, supaya mood membeli tu ada. Sebelum pergi tu, sempat jugak aku menimba ilmu dengan Abam Zuwa. Kata beliau, eloklah kira kalau dia tolong masa aku masih lagi di initial stage. Bagus abam ni. Kalau plan nak keluar takde, mesti lama perbincangan kami.

Aku tolak tepi cerita dari dalam kereta sampai la aku kat Aeon. Takde menda nak story benarnya kecuali baru aku tahu lagu baru yang best yang aku ingat band Indonesia yang nyanyi rupanya dinyanyikan oleh Ajai. Aku tergelak. Mungkin Ajai nak fefeling jadi muda sikit, so dia pun buat la lagu macam lagu Indonesia. Lupa pulak tajuk lagu tu, tapi boleh tahan gak kalau nak buat halwa telinga masa tetengah boring. Dengan syarat, jangan bayang lagu  tu Ajai yang nyanyi. Haha.

Umum tahu bahawa aku bukanlah peminat novel jiwang. Sebagai contoh, ombak sendu atau projek memikat mak mertua atau apa-apa sajalah. Satu je sebab: sebab aku tak minat. That's all. Boleh la sikit kalau nak selit cakap yang novel cinta ni berbalik pada point yang sama. Samada kau kena paksa kahwin pastu bibit cinta muncul atau ada satu mamat gila bapak kaya yang tiba-tiba jatuh cintan pada kau yang cuma minah kampung. Dimana mamat tu sebelum jumpa kau perangai beliau bawah satu level dari syaiton. eheh. Itu belum lagi kira halangan-halangan keluarga dan mereka yang dengki. Watak dalam tu punyalah gigih mengharungi setiap cabaran yang berliku sebelum mengecap kebahagiaan.

Okay je pada aku plot novel cinta sebenarnya, yang tak okay bila berpuluh juta novel cinta semua plot sama cuma tinggal nama je upgrade sikit, jadi lebih moden. Tak pening kau baca nama bebelit lidah? Ahmad Adam Ezmir Rayqal la, Puteri Neelopah Mursyid Al JAzeera la. Gila pening.

Okay, selesei merepek. Moh kita ke topik utama. Actually aku nak la review novel yang aku baca; Runcing dan Kacau. Itupun dapat beli lepas merayu kat Kak Ana guna baucar beliau. Eleh Kak Ana ni, dahla la guna duit rakyat takyah la nak kedek-kedek dengan adik sendiri. Haha. So, sini aku bagi review ringkas jela. Tak payah nak beria sangat, karang marah penulis novel yang sebenar.

Runcing


Novel ni berlatarbelakangkan tahun 60an dimana Melayu baru je rilek dari penjajahan. Tapi sisa bekas kena jajah tu masih ada lagi pasal time tu omputih masih lagi sibuk melorat kat pejabat pengurusan. Jangan kau tak tahu, time ini pun sihir main ilmu santau dah diprektikkan tau. Orang melayu ni koje dok menyantau orang je. Kemain lagi dengki.

Jadi novel ni berkisarkan pasal ilmu sihir, bila satu kampung kena sihir. Haa, mistik tak mistik? Cemana orang kampung nak selamatkan diri? Lalu hadirla satu jejaka alim, aku bagi nama H je. Tak boleh bagi pepanjang, nanti spoil. So abam H ni kira dia datang sebagai penyelamat. Kalau omputih, boleh la aku cakap dia ni macam Superman, Bataman ataupun watak superhero yang aku paling minat sekali iaitu Ultraman. Dapatkan beliau menyelamatakan Kampung Pulau Pandan Jauh Ke Tengah? haa, itu yang kita tak tahu. OK typo disitu, MENYELAMATAKAN pun boloeh..tadehal. BOLOEH pun boleh..tadeha;,

Nampak tak permainan typo-typo kat situ? Maafkan jari mungil aku.

Kalau kau tanya kat aku, bagi aku novel ni just so-so je. Banyak sangat ulang-ulang. Kau bayangkan, dalam patploh ratus muka surat, scene kena sakat dengan hantu boleh je aku kira pakai jari kaki aku.. Banyak bercakap dari aksi. Bila banyak bercakap ni, aku apalagi.. kasar je aku skip dua tiga pages. Gila bosan.

Kacau

Novel kacau ni berlatardepankan tahun 2014 dari meja pengarang Fixi. Sebenar aku suka jugak novel dari Fixi. Syarikat penerbitan Fixi ni lebih kepada gaya penulisan novel yang urban. So, kau nak mencarut sampai mulut kau bengkak berdarah pun tadehal sebab dah motip dia nak terbitkan novel yang urban. Tapi kau ingat jadi urban best sangat? Buat masa ni aku dah ada 3 novels dari Fixi dan aku tengah bertimbang tara nak beli lagi. Nak tak nak terpaksa aku rajin membodek Kak Ana. Kerak nasi yang keras tu kau bubuh air lama-lama lembut la, ye dak?

Berbalik pada novel ni, okay aku suka. Kau boleh bayang kalau aku cakap macam aku termasuk sekali dalam novel ni? Gila tak gila. Bahasa sempoi dengan sikit selitan berunsur lucah. Aku tak sempat pula nak kira berapa kali penulis tulis fuck and sial dalam novel beliau ni. Seriously, banyak. Lebih banyak daripada zikir bertasbih, bertahmid atau bertakbir. Urban katanya. Tapi kau nak buat urban pun aku agak tak payah nak macam takde akidah sangat. Haha, sorry penulis.

 Yang menarik aku adalah kemampuan penulis mendeskripikan scene horror itu sendiri. Novel ni pasal satu geng ni konon-konon suka gila pergi ghost hunt. Sambil ghost hunt kat satu bangunan tinggal kat Seremban, boleh pulak main spirit of the coin. Satu benda kalau kau main benda syirik ni adalah tak boleh lepas tangan masa berinteraksi dengan entiti, karang entiti tu takmo lepaskan kau pula. Benda ni terjadi kat geng tersebut, mereka terlepas tangan pasal terkejut tengok kawan dorang macam kena rasuk. Ambik kau, sapa suruh main bukan-bukan. Pergi la mai tingting ke, main dota ke. Mainlah apa saja asa tak merepek macam spirit of the coin. Apakah yang jadi pada mereka?

Masa baca novel ni, sempat juga aku kerling kat bawah meja belajar. Kot-kot ada hantu tengah mencangkung sambil pandang muka aku dengan mata merah dan kulit pucat. Ataupun rambut panang rambut putih muka pucat dengan airmata berdarah berdiri tegak di tepi almari renung aku yang sedang membaca.

Tamat.


Tuesday, March 11, 2014

Post 31: Akhirnya, semua gila

Semah Tupik berjalan laju, cuba berjalan selaju cahaya. Tetapi seringkali laluannya dilengahkan oleh lopak lopak air yang bersepah di jalan tar Kampung Pinang Berbelah Bahagi (KPBB). Lagak seorang askar, Semah Tupik cuba mengelak setiap lopak air yang terdapat disitu. Sekejap-sekejap dia pandang ke belakang. Sesekali dia mengomel sendirian, seakan marah dan menyampah. Marah dengan ketua kampung KPBB, Pak Kemang yang perasan muda tu. Padahal gigi rompong sana sini, kulit pun dan berkedut. Pastu jalan berlopak pun tak reti nak betulkan.

"Kenapalah kampung ni jalan macam taik", rungut Semah Tupik dalam hati.

Tubuh Semah Tupik yang tinggi lampai dan mempunyai skin tone kuning kecoklatan kemudiannya melalui sebuah  pohon ketapang yang dikatakan dihuni dua ekor entiti jahat oleh penduduk kampung. Entiti tersebut tidak lain dan tidak bukan adalah Kutil dan Bidin Kokok, dua kacang hantu yang paling berpengalaman dan mahir dalam selok belok serta tatacara seorang kaki lepak yang sejati di kawasan perumahan itu. Masing masing mendapat gelaran nama tersebut disebabkan kaki Kutil yang dihinggapi begitu banyak sekali kutil manakala Bidin Kokok pula mendapatkan gelaran tersebut kerana beliau suka berkokok di waktu tengah malam. Pernah orang kampung balik ais box kepada Bidin kerana berbuat bising, tetapi perkara tersebut terhenti sekejap sahaja pabila peti suara Bidin rosak tetapi berulang semula setelah sembuh.

Arakian Kutil dan Bidin Kokok melihat Semah Tupik yang berjalan laju, mereka pun menegur gadis yang menjadi pujaan orang-orang tua di kampung tersebut.

“Hai Semah Tupik, , kenapa termengah-mengah ni? Tengah jogging ke?” soal Kutil lalu tersengih menampakkan barisan giginya yang rompang di sana sini.

"Takdala abang Kutil, Semah tengah jual nasi ayam ni", balas Semah Tupik dengan nada memerli. "Dah berpeluh peluh ni mesti la joging. Bongok juga abang Kutil.. ", selamba Semah Tupik berkata.

Kutil malu sendiri sedang sahabat juangnya Bidin Kokok pula terbahak-bahak ketawa terkokok-kokok sambil mengaru-garu ketiak. Serupa benar gayanya dengan seekor monyet.

“ Abang Kutil dengan abang Bidin boleh tolong Semah tak? Semah rasa si Apai Gila tu ikut Semahlah masa tengah joging kat tepi simpang sana tu", terjuih mulut Semah menerangkan tentang kejadian. 

“Apai? Dia buat apa dengan Semah?” soal Kutil kembali.

“Masa Semah tengah joging sambil berguling-guling nak elak lopak kat jalan simpang depan tu, tiba tiba Apai Gila yang tengah bercakap dengan siput kejar Semah tanpa sebab!!. "Terang Semah Tupik.

Kutil mengepal penumbuk. Bidin Kokok pula meludah ke tanah. Nampaknya kegilaan Apai semakin menjadi-jadi. Dulu Apai Gila pernah mengemparkan seluruh penduduk kawasan perumahan ini dengan cerita beliau gigit ketiak seorang budak yang mengejeknya. Kali ini Apai gila sudah berani menganggu anak dara pula. Apatah lagi yang diganggunya adalah Semah Tupik, awek idaman jejaka di kampung baik tua atau yang muda.

Kutil mula hayun langkah, Bidin Kokok juga ikut menurut. Semah  pun tak mahu melepaskan peluang meyaksikan pengacaunya diajar. Dia juga mengekori. Ketiga-tiga mereka melangkah deras menuju ke simpang jalan dimana tempat terakhir Apai Gila dilihat berada.

Cuma Semah yang kelihatan tertinggal kebelakang, laju Semah Tupik mengejar Kutil dan Bidin Kokok kembali. Sementara itu, Kutil dan Bidin Kokok sibuk membayangkan  pencak-pencak serta teknik ninja untuk digunakan ke atas Apai sebentar lagi.

“ wei mangkuk!!.” Jerit Bidin Kokok sebaik sahaja terlihat kelibat Apai Gila sedang asyik berbual dengan seekor siput babi berwarna hitam di simpang jalan.

Apai Gila lantas menoleh ke arah mereka bertiga dengan seribu pertanyaan. Namun, beliau kembali menyambung perbualannya tentang isu kenaikan harga minyak dan juga isu penurunan harga kangkung yang menjadi topik hangat dibualkan masa kini. Bidin Kokok yang berang dengan layanan kurang mesra Apai Bidin terus menghampiri Apai Gila dan menempeleng ubun-ubun Apai sebanyak 7 kali berturut-turut.

“Apa ni? Gila ke?,” jerit Apai Gila seraya mengusap kepalanya yang berdengung selama beberapa saat. Kelihatan beberapa ekor burung pipit dan bintang berlegar-legar disekeliling kepalanya.

“ kau tu yang gila!! Tak dengar ke aku panggil tadi?’

“mana ada orang panggil aku? Korang panggil mangkuk! Nama aku bukan mangkuk.” Bidas Apai.

“habis tu nama kau apa? sudu? pinggan?,”jerit Kutil pula sementelah Semah Tupik sedang berdiri disebelahnya. Dia juga mahu menunjukkan keperwiraan dirinya. Semah Tupik hanya berdiri di belakang kedua-dua ekor hantu jalanan Kampung Pinang Berbelah Bahagi.

Apai berdiri seraya mencekak pinggang. Wajahnya merah padam kerana marah. Membuatkan Bidin Kokok dan Kutil merasa sedikit cuak. Semah Tupik yang sedari tadi bersembunyi di belakang Kutil kelam kabut menyorokkan muka.

“ Kau pernah pergi sekolah tak?” soal Apai bengis.

“ Pernah! Apasal?” soal Bidin Kokok kembali. Wajahnya sengaja dikerutkan sekasar mungkin bagi menimbulkan impak garang maksima.

“ kau pernah pergi sekolah naik basikal?” Apai bertanya lagi.

“Pernahlah!! Kenapa kau tanya?” Kutil menjawab.

“Kau pernah pergi sekolah naik basikal bawak peti ais kat dalam poket?” Apai terus menerus menyoal.

Kutil, Bidin Kokok dan Semah Tupik tercenggang. Langsung tidak memahami kaitannya dengan soalan sebelumnya. Bidin Kokok angkat bahu manakala Kutil pula mengelengkan kepala. ,masing-masing berpandangan sesama sendiri.

“ Weh Apai Gila!! Kami datang sebab nak tau kenapa kau kacau si Semah ni?” Kutil bertanya setelah beberapa ketika mengaru kepala.

“ Kacau pun tak boleh?”

“Memanglah tak boleh!! Kau ingat boleh suka-suka nak buat apa-apa dekat kawasan ni?” tengking Kutil.

“Kalau usik?”

“Usik pun tak boleh!!”

“Kalau aku usik sikit lepas tu aku kacau, posmen datang tangkap aku ke?” Apai bertanya lagi.

:Nak buat apa pulak posmen tu tangkap kau? Dia hantar surat je.”

“ Dah tau dia hantar surat, kenapa surat aku tak sampai-sampai lagi?”

“Surat mana pulak?”

“Surat akulah!! Ketua pemuda daerah Beijing janji nak hantar. Dah tiga hari krismas aku tunggu.”

“Surat ape yang kau tunggu tu?” Bidin Kokok mula pening dengan soalan Apai Gila.

“Bodohlah kau ni!! Takkan itupun aku nak bagitau? Dah tentulah surat menyurat. Takkan kiriman suratan takdir pulak!!” ujar Apai Gila marah-marah.

Kutil dan Bidin Kokok garu kepala lagi. Niat mereka mencari Apai Gila adalah untuk mengajarnya tapi sekarang mereka pula yang diperbodohkan. Semah Tupik pula terkekeh-kekeh ketawa menutup mulut. Geli hatinya menyaksikan senario sentul yang berlaku.

“Kau ingat kelakar... kau ingat ini punchline... Tak habis-habis dengan lawak kereta Avanza kau. Kau belajar dari mana buat lawak punchline tak sampai ni? Dari Rahim?" Bidin Kokok cuba mempertahankan diri. Dia takkan kalah dengan lawak orang takde puncline macam Apai Gila.

"Malas kitaorang nak layan budak gila macam kau ni. Satu je aku nak cakap, lain kali kalau aku dengar kau kacau anak dara orang lagi, kitaorang pelepuh kau barang sejemput dua!! Dahlah Kutil. Jom balik!! Ajak Bidin Kokok lalu berpaling menghadap Semah Tupik.

Baru saja Bidin Kokok mahu mengajak Semah Tupik pergi dari situ, dia tersentak. Semah telah tiada di tempatnya. Kutil dan Bidin Kokok melingas memandang ke kiri dan kanan umpama seorang polis yang mencari penjenayah. Tiba-tiba Bidin Kokok terasa bahunya dicuit. Wajah Kutill yang sedang menjuihkan bibir segera membuatkan dirinya memusing kepala kearah yang ditunjukan.

Mulut Bidin Kokok terlopong luas. Kerana di hadapan matanya Semah Tupik yang sedang mereka pertahankan sedang berbual-bual mesra dengan Apai Gila. Siap lapkan peluh Apai lagi yang menjurai keluar dari dahi Apai. Kelihatannya Semah Tupik juga ikut berbual bersama siput babi tersebut yang nampak seperti terpinga-pinga dengan topik yang dibincangkan. Sesekali Bidin Kokok dan Kutil mendengar Semah Tupik dan Apai gila gelak bersama. Apa yang kelakar, mereka pun tak tahu.  Terbakar benar hati mereka melihat Semah memaut lembut lengan Apai Gila.
.
“Semah, apa semua ni?” soal Bidin Kokok kurang mengerti. Kutil pula mengaru kepala yang tidak gatal. Beberapa ekor ibu kutu dan bergelen-gelen kelemumur jatuh lalu diterbangkan angin ke kepala Bidin Kokok akibat garuan Kutil sebentar tadi.

“Mintak maaflah bang. Semah dah salah sangka pada abang Apai. Rupanya abang Apai ni kelakar orangnya. Semah suka sangat!!” Semah Tupik menjawab bersahaja. Apai pula nampak bangga dan kembang kempis hidungnya sementelah dipuji Semah Tupik.

Keesokan harinya, ramai penduduk kawasan perumahan itu yang mengaku ada terlihat kelibat Kutil dan Bidin Kokok sedang ketawa terbahak-bahak di bawah pokok ketapang sambil berbual dengan seekor siput babi bersaiz sederhana.



Sunday, March 9, 2014

Post err: Cheat day



Ok, macam biasa la kalau Dila terlupa post keberapa Dila letakla 'err' kat situ. Pasal apa? Pasal Dila malas nak ulang alik guna mouse tekan sana sini situ, lenguh tangan Dila. #katanya. Tambahan pula dengan laptop Dell buatan tahun 2006 yang mengunakan processor kuno intel pentium core dalam laptop dan seringkali hang tanpa sebab musabab yang menyebabkan Dila angin satu badan jadi Hulk, harapan la Dila nak klik klik.

Eloklah kiranya Dila kembali kepada keadaan asal dengan menggunakan aku instead Dila, supaya readers semua tidak membuat speku yang aku ni kena rasuk dengan entiti sopan sebab guna Dila dalam post. lols.

 Bila mana ahad lepas kau bergegas untuk kembali ke bumi Johor. Sambil-sambil jalan lengang lenggong macam perempuan melayu terakhir, mata kau pun terlekat pada sebuah mesin mengukur berat jenama X berhadapan dengan kedai jual kurma. Dah nama pun gurl-gurl dan dilahirkan dengan naluri keperempuanan, kau pun explore dompet untuk mencari syilling 20sen sekeping dengan niat konon nak timbang, kalau berat takpe boleh diet, kalau ringan Alhamdullilah boleh makan lagi banyak. Habis bersepah dompet dibuatnya, tapi kau tersenyum puas sebab dapat jumpa syiling 20sen.

Kau pun apalagi ibarat pemandu kereta F1, kau pun masuk laju-laju syiling itu kedalam mulut penimbang berat jenama X tersebut. Selipar kau letak tepi. Mana-mana yang kau boleh keluarkan kau letak tepi, konon taknak la berat infected dengan berat barang lain. #gittew. Kau pun tarik nafas dalam-dalam dan biar mesin tu buat kerja dia.

Lama tak lama jugak, dalam 30 saatkau dah tahu berat kau.

Alangkah terkejutnya apabila melihat nilai timbang tersebut. Jantung kau hampir luruh dibuatnya. Seluruh dunia kau rasakan gelap gelita macam matahari telah dihapuskan dari sistem solar. DIsebabkan kau adlaha manusia biasa, kau pun cuba berinteraksi dengan hati dan otak kau, mengatakan alat penimbang itu berdusta. Pada masa yang sama, kau rasa macam nak je lepok mulut akak kau sampai berdarah pasal dia gelak diam diam. haha

Setelah itu, kau pun mengumpul niat dan motivasi untuk mengurangkan habit makan ayang macam raksasa tak dapat makan seploh juta tahun. Tapi benda macam ni dia ada payah sikit pasal bila kau da duduk ramai2 dengan geng-geng kakak kau yang maha prihatin kepada kebajikan kau. Kau pun tak dapek la nak menolak setiap ajakan makan mereka ditambah pula dengan gelojak nafsu makan yang tak boleh blah. Kau pun tenteramkan hati kau kata yang benda ni hari ni last. Hari ni kau punya cheat day, dan esok kau akan start your diet day balik. Persoalannya sekarang ni, bila masa kau ever start diet day? Haha. Lagi malang bila, hari-hari adalah cheat day bagi kau, kau pun makan ibarat dubuk lapar baru dapat daging dan keep eating tanpa mengendahkan lemak yang happily buat rumah kos rendah kat dalam badan kau.

Dan akhirnya? Padan muka kau. Haha




Saturday, March 1, 2014

Post 29: Drama sepagi

Aku mengeliat, baru bangun tidur katanya. Sambil mengeliat ke kiri dan ke kanan, aku menguap. Sempat aku meyedut bau kuapanku tadi. Mak aih, boleh tahan bangkai juga bau nafas bangun pagi aku. Macam mana nak berhadapan dengan bakal suami kelak? Arab kata apa? Zauj? Haa, macam mana nak berdepan dengan bakal zauj ku?

"Apa ada hal, mungkin bau nafas pagi beliau lagi bangkai dari aku", aku bermonolog sendirian untuk menyedapkan hati. Sementelah itu, laju aku mencapai Tic Tac yang aku beli kemarin, untuk meneutralkan bau yang ada. Sambil kunyah, sambil aku kentut barang sedas dua. Barulah hipster kentut pagi-pagi ni. Aku tersenyum sendirian, bangga dengan sikap tak senonohku

Puas bermain dengan perasaan sendiri, baru aku teringat perihal kakakku, Ana. Mata bundarku (?) melirik disekeliling bilik. Mode penyiasatanku automatik on. Ibarat Sherlock Holmes, aku cuba mencari bukti dan kesan-kesan tinggalan Ana. Mataku tertancap di bahagian sudut di sebelah kiri. Beldi mandian beliau tiada! Where is she? where is she? Mulalah aku berdrama, konon-konon beliau diculik. Lama tak lama juga, dalam 5 minit aku berdrama. Bosan bersandidrama, aku baring semula di atas katil yang empuk tak empuk sangatlah.

Tiba-tiba..

Pintu terkuak.

Aku tidak melakukan apa-apa, sekadar menjangka bahawa Ana yang masuk. Aku ready bekukan telinga, kot-kot dapat halwa telinga ke pepagi ni.

Aku pelik, apsal Ana meow meow? Terkejut dengan bunyi tersebut, kukalih mataku yang sibuk meng'scroll down 9gag di tablet.

Oh, Blackie rupanya. Seekor kucing betina yang boleh tahan besarnya, kalau kira BMI bolehlah aku kategorikan kucing ni obese. Kucing ni kami temukan di depan muka pintu, macam orang gila, macam orang hilang arah. Tapi diakan binatang. Jadi masa kami jumpa beliau, aku tengok macam binatang hilang arah. Sesuai dengan nama beliau, Blackie adalah kucing hitam semua, takda yang putih pun kat dia ni, kecuali kat bawah perut dia adalah putih-putih sikit. Aku syak kuat berjemur Blackie ni, konon-konon nak rasa macam mat saleh gittew. Tu pasal la hitam. Nampak juga aku agak racist di situ. Setelah diceramah Ana, cepat aku beristigfar. Tak baik buruk sangka.

Gembira dengan kehadiran Blackie, aku menjemput beliau masuk.

"Mari-mari" kataku. Eh sombong pulak binatang ni. Buat dek je.
"Hei kucing, marilah", kataku lagi. Ku lembutkan nada.

Blackie pun tanpa teragak agak menuju ke arahku. Eh bila cakap macamtu datang pula. Dasar binatang. Eheh

Aku mengusap manja kepala Blackie. Nyata dia suka dibuat begitu. Ku usap lagi, kali ini lebih rakus.
Terpejam-pejam mata Blackie. Taknak dia seronok sangat, aku ketuk sikit kepalanya biar sedar dan kembali ke alam nyata. Terkejut dia. Padan muka.

Dah puas aku pet Blackie, Blackie pun keluar dari bilik. Aku tak puas hati. Keluar macam tu je? Terima kasih pun tidak?

"Woi, ucap terima kasih la woi. Guna bahasa kucing pun takpe", aku meninggikan suara tanda tak puas hati sambil memerhati dia berjalan keluar.

Blackie menoleh ke belakang dan bercakap dalam bahasa kucing langsung memalingkan muka dari pandangku dengan senyuman maha sini. Aku yakin dia bukan cakap terima kasih.

"Dasar binatang!", teriakku lagi.

"Whatever...", jawab Blackie.

Eh pandai pulak dia cakap bahasa omputih? Esok dia datang, jangan harap aku bagi masuk. Aku mendengus tak puas hati.Ada ubi ada batas, ada hari aku balas. Aku menyimpan dendam pada kucing tersebut.  Pada masa yang sama Ana masuk. Dan pada masa yang sama baru aku perasan aku dah lewat untuk ke ofis!

 
The rumour must be true, cats are on their way to conquer human world. Serve you right human for what you did to them,.

Sunday, February 23, 2014

Post 28-Ketahian

Assalamualaikum.

Lu orang nak ke taknak ke, aku nak bagi ilmu  pada lu orang. Kemungkinan akan ada yang berkata sambil angkat kening dan muncung mulut "ketahian apakah ini??!". Ya benar! aku akan bagi ilmu ketahian pada lu orang.

Najis atau dalam bahasa kasarnya taik atau feces atau stool dalam bahasa omputih merupakan hasil kumbahan sistem dalam badan manusia. Bergantung kepada jenis taik dan berapa lama taik korang disimpan, bau yang keluar juga adalah berbeza. Makin lama, makin 'segar' bau itu *sarcasm*.

Haa.. jangan lu orang tak tahu yang taik jugak ada sistem kelas yang tersendiri. Kau ingat manusia je ada sistem? taik pun ado jugak yo!





 Skala di atas menunjukkan skala Bristol. Nama diambik sempena nama Bristol. Maka hari ni sesapa yang dah berak, boleh la lu orang agak taik lu orang hari ni cemana ghopenya. Lets cekidaut one by one:

Jenis 1 dan 2
Kau tengah pergi Tesco ikut mak/pakwe/makwe, pastu tiba-tiba perut kau memulas menandakan taik kau menendang-nendang nak lihat dunia (dunia sangatlah, padahal keluar tengok air sebelum diflush). Tapi sebab kau malas nak berak kat luar pasal rimas tengok muka mak kiah yang berjaga kat depan pintu masuk jamban Tesco ditambah kau ni memang terkenal jenis kedekut nak bayar 20sen untuk masuk tandas. Jadi bila kau memikirkan malas nak bayar 20sen dan dahla korang tak tahu berapa bersih tandas tersebut, maka kau pun pendam perasaan nak berak tu. Punyalah kau tahan, jalan kepit sambil pegang rak yang kau boleh pegang kat tesco, kau tarik nafas dalam-dalam moga-moga taik tu tersedut naik balik. Sudahnya bila balik rumah, tetiba nafsu berak yang membuak masa kat tesco tadi hilang begitu saja. Esoknya bila time nak berak, maknanya lama la kau bertapa kat dalam toilet. Kau punyalah push moga-moga taik tu keluar sampai peluh jantan keluar walaupun kau perempuan, lutut sampai mengeletar tak hingat dunia, muka berkeriut siap senget-senget bagai dan kau pegang kepala paip tu umpama kau pegang tangan nurse. Bila je taik yang maha keras tu keluar, kau dapat rasakan sensasi  umpama kepuasan setelah bersusah payah berlari padang kawat 10 juta kali. Jenis ketahian ni kita panggil sembelit.

Jenis 3 dan 4
Situasi sama berlaku macam kat atas tapi bezanya kau jenis memang kalau nak terberak, kau akan usahakan jugak cari jalan nak keluarkan taik tu. Kau sanggup tinggalkan mak kau yang sibuk tengah pilih ikan semata-mata nak pergi jumpa Mak kiah tukang jaga jamban. Pada mana kau steady letak 20 sen kat mak kiah, kau sempat lepaskan seulit senyuman kepada beliau dan jalan steady masuk tandas dan pilih tandas yang kau suka. Bergantung kepada keadaan, kalau time tu tandas available, kau pun melepaskan hajat nak buang air besar kau dengan tenangnya. Maka taik yang keluar nanti kita panggil just nice, sebab kau tak bersusah payah, everything happens under your control. Flow rate of kau punya taik pun steady je turun. Inilah taik yang normal, inilah taik yang kita nak keluarkan. Tapi, bila keadaan kau da bayar 20 sen kat makcik kiah, pastu kau tengok semuorang beratur nak pakai tandas dan waktu tu kau rasa yang naluri berak kau terbantut, maka keesokkannya taik itu adalah taik jenis 1 dan 2.

Jenis 5, 6 dan 7
Lepas kau dah temankan mak kau kat tesco, mak kau pula tetiba rajin nak belanja kau kepsi, lepas tu belanja kau makan eskem, roti bom, nenas, burger macam esok tiada lagi. Kau pun pelik apsal la mak kau macam baik sangat dengan kau padahal selama ni garang kemain. Tapi sebab kau gembira., kau terima je apa yang mak kau belanja. Balik je rumah, kau  rasa ngilu yang memulas-mulas di perut kau pasal makan banyak tak ingat dunia, dah tu bercampur pulak. Bila mana kau rasa perasaan macam ni, otomatik kau ada berlari sepecut-pecutnya, mengalahkan pelari pecut terkenal dunia jamaica yang aku lupa nama beliau. Suis pun tak sempat tekan, sebaik je kau turunkan seluar kau, mencrut-crut la taik tu nak keluar. Semua permukaan mangkuk tandas tu dilitupi taik kau yang cair dan kecoklatan tu. Bukannya kau jadi pelari pecut sekali, tetapi kemungkinan besar 4-5 kali. Punggung kau pun tak boleh belah dia punya rasa pedih tu sampaikan nak baring tengok tibi pun kau tak boleh, kau kena mengiring untuk elakkan rasa sakit. Benda macam ni lagi parah kau kau tengah kat highway, rnr yang terdekat lagi 50km pulak tu. Bila macam ni berlaku, kau pun pecut kereta kau mengalahkan mickel schumaker, parking kalau boleh kau taknak parking pun. Kau nak terus lompat je dari kereta pergi toilet. Tapi sebab peraturan, kau pun parking laju-laju, dari aligned dah jadi pentagon bentuk parking ko. Kemuncaknya berakhir bila kau duduk kat mangkuk tandas. Taik jenis ni kita panggil taik salah makan.Cair dan berbau bangkai. Berak berkali-kali mungkin boleh membawa maut.

Happy reading and mau u get the knowledge walaupun konon geli dan nak muntah tapi fakta ialah semorang berak dan dengan mengetahui jenis taik kau, kau boleh figure out solution. contoh bila taik keras, kau makan la lebih banyak sayur. Ada paham?

Saturday, February 22, 2014



Sekarang ni aku nak cakap pasal adik beradik punya gaduh. Dia punya gaduh tak sama dengan gaduh orang takde tali darah ni. Pasal apa? Pasal kita ada satu istilah yang kita boleh guna: air dicincang takkan putus. Daripada tuan hamba nak membodohkan diri nak try cincang air tu, elok la kiranya tuan hamba tutup saja pili air. Bijak, mengelakkan amalan pembaziran syaiton nirrajim.

Biasanya adik beradik ni selalu gaduh untuk unreasoanable reasons.

Kadang bila amik ayam pun boleh jadi gaduh. Lagi-lagi bila part yang kau suka tu kena cekup kan. Biasa masa baru-baru kau letak punggung ke muka kerusi, belum sempat lagi punggung kau nak bercumbu dengan kerusi. mulalah kau dengar akan ada yang cakap "part kepak tu aku punya, jangan ambik." Kira macam semua dah book part masing-masing, tinggallah part yang tak sedap untuk mak ayah korang yang makan je apa yang ada. Bila ada yang tak pedulik dengan cop nama kau pada ayam tu dan main amik tanpa mengira kau yang bersusah payah cakap dari masa mula mak kau masak yang tu part kau.. maka pergaduhan di meja makan pun terjadi.

Mulalah kau argue yang part tu kau punya, dan pihak yang satu lagi kompem cakap "takde pun nama kau kat ayam ni?" ataupun ada yang lagi hipster "ayam ni milik Allah, bukan milik kau seorang" atau "sape cepat, dia dapat". Sebab mak bapak kau ada je, kau macam buat terpaksa mengalah padahal dalam hati kau dah berdendam nak sumbat tonkeng ayam dalam mulut adik kau tu.

Dan..

Dan kau punya cebik akan berlarutan sampai orang dalam rumah tanya kau buat de heck je. Bila pihak satu lagi tu, tak kira la adik kau atau kakak kau atau abang kau cuba bercakap dengan kau, lagi la meluap-luap perasaan kau nak sumbat tongkeng ayam kat mulut mereka yang kau rasakan sangat berlongkang sebab makan kepak feveret kau.




Tapi, sampai bila beb kau bertahan?

Perasaan menyampah kau akan automatik hilang after some time. Bila tiba-tiba dalam rumah ada orang buat lawak ke. Tak pun tibi kau memang tengah ada rancangan maharaja lawak mega ke. Takpun  orang yang kebas ayam kau buat lawak ke, atomatik benda tu akan hilang dan keadaan akan kembali pada asal dan akan berulang balik macam biasa bila ayam kepak feveret kau kena amik.


Well, air dicincang takkan putus. Just right enough to fit into the described situation.

Wednesday, February 12, 2014

Nama aku penyepit. Entah kenapa kurasakan namaku seolah-olah begitu kampung sekali. Sekarang kan dah zaman moden, kenapa mereka menamakanku penyepit? Aku lebih suka kalau dipanggil Melia ke, Bella ke, Lofa ke. Lebih enak didengar #gittew  Tetapi kalau yang jenis mengada-gada, akan sengaja memanggilku Cepit. Fcuk, aku tidak suka dipanggil sedemikian rupa. Nama seperti tersepit di kerongkong saja bunyinya. Pernah juga aku menyimpan angan-angan untuk memberi tendangan padu barang sejemput dua kepada sesiapa yang memanggilku penyepit. Tetapi aku redha, ini kan nama aku. Karang bila mereka memanggil aku dengan nama periuk atau senduk, itu tidak akan dapat mendescripsikan aku kepada ciri aku yang sebenar, iaitu menyepit. .

Sebenarnya bahagian yang digunakan untuk meyepit adalah bahagian gigiku. Aku tidaklah bergigi sangat, tetapi mampu memberikan cengkaman yang kuat untuk megelakkan baju daripada ditiup Cik Angin. Kalau Cik Angin sedang marah, habislah aku. Aku terpaksa menggunakan cengkaman super saiya 1000 kuasa kuda supaya baju tidak terbang.

Sebagaimana manusia, kaumku juga terdiri dari pelbagai kaum dan bangsa. Ada yang panjang, ada yang pendek, ada yang merah biru hijau kuning colournya, ada yang dari kayu (ini dari kampung, tetapi mereka ternyata sangat tahan lama. Diperbuat dari tongkat Ali barangkali. A Aaa Aa Ali, Ali cafe). Ada juga yang dari plestik, seperti aku. iIsebabkan designku agak lama atau digelar old fashion, segelintir penyepit muda kerap mengejekku. Pernah sekali aku cepak satu penyepit muda yang memperliku. The heck you? kataku setelah mencepak dia.

Kebiasaannya aku digunakan untuk menyepit baju yang mahu disidai, plastik makanan, gambar. Ada juga yang buat kerja gila, mengunakan aku untuk menyepit hidung mereka yang seperti jambu air (seperti tuan aku haha). Banyak kali juga aku melihat kaum kaum wanita menggunakan aku untuk meyepit anak tudung mereka. Banyak function rupanya aku ni, kataku bangga. Disebabkan aku tiada hidung, so no hidung no nak kembang kempis sebab bangga. 
Gambar pasportku masa nak mintak kerja dulu. Noob

Cepit belah kiri tu dulu aku cepak. Yang lain tu konco dia. Perangai macam syaition. I no friend u dont want.

Gila.


Tetapi..

Sekarang aku sudah tua, aku sudah rapuh. Gigiku juga tidak mampu meyepit dengan handalnya. Kemungkinan besar aku akan dibuang oleh tuanku.

Selamat tinggal master. Please remember me despite you actually don't.

Tamat.